Kegunaan Aloe Vera Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

530
39794

Pernah tular di laman media sosial apabila wajah seorang wanita menjadi seolah terbakar akibat menggunakan produk tiruan aloe vera tanpa kelulusan KKM.

Walaubagaimanapun, perkara ini tidak menghalang pengguna lain untuk meneruskan penggunaan aloe vera sebagai produk kecantikan untuk merawat kulit terutamanya kaum wanita.

Pokok aloe vera atau nama saintifiknya Aloe Barbadensis Miller atau lebih dikenali sebagai Lidah Buaya bukan sahaja mampu merawat kulit muka terdapat banyak lagi kegunaan tumbuhan ini.

Lidah Buaya biasa digunakan sebagai kegunaan luar untuk merawat berbagai-bagai keadaan kulit, seperti luka, luka terbakar, dan ekzema. Banyak juga syarikat kosmetik menggunakan gel lidah buaya sebagai alat solek, pelembap kulit, sabun, pelindung cahaya matahari, syampu, dan losyen.

Buat mereka yang ada masalah rambut seperti rambut kering, kelemumur dan rambut gugur.Lidah buaya juga merupakan penyelesaian untuk anda.

Sekiranya anda ada masalah pelawasan dan pertahanan tubuh. Aloe vera membantu mendetoksifikasi dan meningkatkan proses pencernaan selain meningkatkan ketahanan tubuh badan. Bagi mereka yang menghidap diabetes pokok lidah buaya membantu mengawal gula dalam darah.

Banyak kan kegunaan lidah buaya atau aloe vera untuk kegunaan seharian kita. Tapi malangnya pokok Lidah Buaya ini kurang mendapat sambutan dari segi tanaman di Malaysia secara komersil.

SHARE