Rahsia Pisang Yang Ramai Orang Tidak Tahu ~ “Sayang, Pisang Busuk Jangan Buang!”

298
3687

Isteri: Abang, pisang yang abang beli hari tu dah busuk. Tulah kenapa abang beli banyak-banyak. Budak-budak pun dah taknak makan. Dah lebam warnanya.

Suami: Laa, kenapa awak tak goreng sahaja haritu??

Isteri: Kita buang sahaja la bang. Dah busuk pisang ni…
Inilah dialog yang biasa dialami bagi mereka yang sudah berumahtangga. Beli buah-buahan tapi tak sempat habiskan, sudah busuk pula.

Eh, nanti, tunggu dulu! Simpan dahulu niat anda untuk membuangnya. Tahukah anda, pisang busuk ada banyak manfaatnya kepada alam sekitar. Nama saintifik pisang adalah Musa sp (Italic). Pisang merupakan tumbuhan yang berasal dari kawasan IndoMalaya dan Asia Tenggara. Tumbuhan ini sangat tidak asing dan tumbuh melata di tempat kita. Lihatlah di kampung-kampung kita, di bukit, mahupun sepanjang laluan Komuter suburban menuju ke Kota Kuala Lumpur! Pisang boleh didapati dengan pelbagai varieti dari pelbagai pelusuk negara.

Di negara Malaysia sahaja ada banyak jenis pisang yang menjadi kegemaran kita seperti pisang berangan, pisang embun, pisang nipah, pisang emas, pisang rastali, pisang abu, pisang nipah, pisang nangka, pisang tanduk, pisang raja udang dan banyak lagi.

Tahukah anda, baja NPK adalah baja asas bagi tumbuhan yang mengandungi kandungan nutrien yang sangat diperlukan untuk tumbesaran tumbuhan seperti Nitrogen (N), Phosphorus(P), dan Potassium/Kalium (K). Pisang juga kaya dengan nutrien semulajadi iaitu Potassium/Kalium! Inilah makanan utama tumbuhan.

SHARE
Probably Professional Landscape Architect living on earth