Wajib Ada Pokok Pandan Di Rumah, Pasti Buat Anda Terkejut

253
2123

Bagi mereka yang tinggal di kawasan kampung mungkin tiada masalah untuk dapatkan daun pandan. Anda tahu tak sebenarnya banyak kebaikan daun pandan untuk kegunaan anda dirumah.

Daun pandan mempunyai aroma bau yang wangi dan kebiasaannya digunakan pada makanan. Dengan bau wangi itu, daun pandan boleh dijadikan sebagai alat untuk menghalau haiwan perosak seperti tikus dan lipas. Ini disebabkan haiwan perosak ini tidak suka dengan bau wangi yang datang dari daun pandan.
Sebagai asas kecantikan untuk menghilangkan jerawat, merawat rambut gugur, mencegah uban dan kelemumur dengan hanya beberapa helai daun pandan sahaja mampu untuk merawat masalah anda.

Tidak kurang hebatnya, daun pandan mampu untuk merawat secara tradisional bagi penyakit seperti tekanan darah tinggi, stress, penyakit kulit, sembelit, melancarkan peredaran darah, menurunkan suhu badan, dan lemah saraf.

Tidak salah untuk anda menanam pokok Pandanus amaryllifolius dikawasan rumah anda sebagai kegunaan harian lebih-lebih lagi dalam masakan.

SHARE