6 Tips Ringkas Penanaman Tanaman Herba

3
180

Tumbuhan herba yang biasa menjadi tanaman di keliling rumah ialah pandan, serai, kesum, pudina, selasih, pegaga, cekur, kantan, kacang telang, ulam raja, pokok cili besar, pokok cili padi, limau kasturi, pokok Kari, pucuk manis, kunyit, sambung nyawa, lempoyang, pokok bunga tanjung dan ati-ati.Selain berkhasiat anda juga boleh berjimat jika menanam tanaman ini sendiri.

Sebelum memulakan penanaman, antara perkara utama yang perlu anda tahu dan pertimbangkan adalah:

  • Kebanyakan tumbuhan herba amat memerlukan cahaya matahari yang baik tetapi tidak terlalu kuat, cahaya matahari yang cukup membolehkan tumbuhan herba dapat hidup subur, mengalakkan pengeluaran minyak tumbuhan dan rasanya yang baik.

 

  • Tapak semaian dan penyediaan tanah campur yang baik adalah amat penting, tumbuhan herba memerlukan tanah yang kurang beralkali atau neutral. Pastikan struktur tanah anda di dalam keadaan baik seperti mana yang telah dijelaskan pada keluaran yang lepas.

 

  • Tanah juga perlu sentiasa dibekalkan dengan bahan organik yang baik. Jika anda menyediakan bahan organik sendiri, pastikan ia betul-betul mereput semasa digaulkan dengan tanah campur pada peringkat awal penanaman. Jika anda penggemar minuman berasaskan teh, simpan hampas teh yang telah digunakan untuk dijadikan humus kepada tanaman kita.

 

  • Anda juga perlu pastikan tapak semaian anda mempunyai saliran yang baik dan tidak bertakung, tumbuhan herba tidak dapat hidup subur tanpa penyediaan saliran yang baik.

 

  • Bagi memastikan hasil laman yang segera, pilihlah tumbuhan herba yang sudah membesar dan sederhana matang.

 

  • Gunakan racun serangga semula jadi, anda boleh mengunakan pati serai wangi atau 3-4 titik sabun pencuci pinggan mangkuk cecair yang dicampur dengan air untuk disemburkan kepada tanaman. Di samping tanaman selamat untuk dimakan, tumbuhan kita juga bebas dari serangga dan jangkitan. Gunakan biji lada hitam untuk menghalang pembiakan semut di dalam tanah.
SHARE

3 COMMENTS

  1. I’ll right away clutch your rss feed as I can’t to find your
    email subscription hyperlink or e-newsletter service.
    Do you’ve any? Kindly allow me recognise so that I may subscribe.
    Thanks. I really like what you guys are up too. This kind
    of clever work and exposure! Keep up the amazing works guys I’ve
    incorporated you guys to my personal blogroll. It is perfect
    time to make some plans for the future and it is time to be
    happy. I’ve read this post and if I could I
    wish to suggest you few interesting things or tips.
    Maybe you could write next articles referring to this article.
    I wish to read even more things about it! http://starbucks.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here