7 Air Ajaib Untuk Buang Toksin Dalam Badan

127
1424
Apakah itu toksin dalam badan?
Toksin dalam badan adalah bahan yang beracun dari makanan yang kita makan yang ianya akan menyebabkan tubuh kita tidak sihat serta diserang penyakit. Ia terjadi dalam tubuh manusia akibat pencemaran . Antaranya ialah pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian. Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya merupakan punca utama terjadi toksin dalam badan. Inilah antara sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migrain dan sebagainya.

 

Apakah antara tanda-tanda toksin dalam badan?
Ada tanda-tanda tertentu yang boleh kita kenal pastisekiranya badan kita dipenuhi toksin,  antaranya:
1. Sering berasa letih
Walau pun cukup tidur tapi anda tetap rasa mengantuk dan kurang bertenaga.
2. Berat badan sukar turun
Sudah bersenam sudah, makan pun dikawal tapi berat badan tak juga kurang.
3. Mulut berbau
Walau pun sudah memberus gigi, berkumur dan makan gula-gula getah tapi mulut masih berbau. Bau mulut memang ada kaitan dengan masalah pencernaan yang mengganggu proses penyingkiran toksin dari tubuh.
4. Sembelit
Usus menyingkirkan banyak racun setiap hari dari tubuh kita. Tapi ketika sembelit, tubuh menyimpan semua racun tersebut, yang akan memberi kesan negatif pada kesihatan. Sembelit ini akan menyebabkan sakit kepala, lenguh badan dan keletihan.
5. Daya ingatan dan tumpuan yang lemah
Selain itu anda juga kerap rasa cemas.
6. Alahan dan masalah sinus
Ini kerana sistem imun yang lemah. Boleh jadi juga anda jadi sensitif kepada bau terutama wangian.
7. Masalah kulit
Jerawat, ruam, dan masalah kulit lainnya mungkin menandakan tubuh anda banyak toksin. Awas juga jika mata bengkak atau mengalami psoriasis. Ia boleh jadi tanda bahawa kandungan racun dalam tubuh sudah terlalu banyak.

 

Dalam keadaan normal, toksin disingkirkan dari badan manusia melalui sistem perkumuhan seperti najis, air kencing dan perpeluhan. Oleh yang demikian adalah perlu bagi kita memantau jadual pembuangan najis adalah teratur dan tahap normal adalah sekali sehari. Manakala kencing perlu dalam selang masa yang bersesuaian dan jangan sesekali menahan kencing kerana dikhuatiri akan terbit kristal-kristal yang akhirnya membentuk satu gumpalan keras yang besar. Ini akan menyebabkan saluran kencing tergores dan terluka.

 

Berpeluh itu adalah baik untuk kesihatan, maka, lakukanlah senaman ringan untuk menggalakkan pengeluaran peluh yang membawa toksin keluar melalui kulit. Individu yang kerap bersukan mempunyai bau peluh yang kurang berbau berbanding seseorang yang tidak bersukan. Sisa-sisa toksin yang sesekali keluar dari mereka yang kurang bersukan itulah yang menyumbangkan kepada bau peluh yang masam lagi meloyakan.

 

Adakah anda tergolong dalam kategori ini dan juga jarang bersenam? Jika jawapan anda adalah YA, jangan bimbang, anda tidak berseorangan. Anda masih boleh mencuba beberapa tips air mujarab yang dihasilkan secara alami dibawah yang penulis kongsikan untuk penyingkiran toksin dalam badan anda !

 

textgram_1489996930
Toksin ni boleh disingkirkan dengan detox air semulajadi. Tak susah pun. Malah bukan saja mampu membuang toksin, ia juga boleh menurangkan berat badan dan menyihatkan lagi tubuh serta proses percernaan dalam tubuh kita !

 

Cara paling mudah adalah dengan meminum air masak. Minimum 6 hingga 8 gelas air sehari mampu memberikan hidrasi yang cukup untuk badan dan juga menjadikan organ dalaman anda lebih sihat. Tetapi kadang-kadang air kosong semata-mata tidak mencukupi.
Jadi kita tambah sedikit nutrien ekstra pada air minuman biasa tu dan tingkatkan kebaikannya!

 

1. Air halia
Cara membuat: Satukan air dan halia dalam periuk saiz sederhana di atas api tinggi, biarkan sehingga mendidih. Kemudian perlahankan api dan biar ia mereneh selama 15 minit dan tapiskan setelah selesai. Jika anda takut berasa pedas atau tidak tahan bau halia, anda boleh reneh bersama teh boh dan aroma teh akan membuat air anda lebih sedap.

 

Kebaikan: Air halia memang tidak boleh disangkal kebaikannya. Ia boleh digunakan sebagai air rawatan untuk senggugut, kembung perut, angin, mual-mual dan muntah-muntah yang selalunya dikaitkan dengan sakit lain. Minum air halia dapat membantu mengurangkan keradangan, bengkak sendi dan juga kesakitan yang dikaitkan dengan penyakit osteoarthritis dan rheumatism.

 

2. Air timun
Cara membuat: Buang kulit timun tetapi jangan buangkan semua. Tinggalkan sedikit. Buang kedua-dua hujung kemudian potong setengah mengikut panjangnya. Potong kecil (1/2 inci). Campurkan air dan timun tersebut dalam jug besar dan biarkan selama 1 jam. Lebih sedap jika dihidangkan bersama ais.

 

Kebaikan: Air ini bagus untuk otot; timun mengandungi silica yang mana ia merupakan mineral yang diperlukan untuk menjamin kesihatan tisu penghubung ini. Ia juga boleh memastikan kulit anda bersih dan gebu.

 

3. Air ros (untuk kegunaan luaran sahaja)
Cara membuat: Pilih ris yang segar dan wangi. Mula dengan mencuci mereka dan cabut kesemua kelopak. Masukkan kelopak ros ke dalam periuk dan masukkan air secukupnya. Tutup periuk dan hangatkan (jangan samapi mendidih!). Tapis dan simpan air dalam balang kaca.

 

Kebaikan: Air ros membantu maintain keseimbangan pH kulit dan juga mengawal minyak berlebihan. Ia juga memiliki properti anti-radang yang membantu mengurangkan kemerahan kulit, menghilangkan jerawat, dermatitis dan juga eczema. Boleh juga digunakan pada rambut untuk rambut lebih lembut dan bersinar.

 

4. Air beras
Cara membuat: Rendam beras dalam air selama tiga jam. Selepas tiga jam, didihkan campuran ini kemudian perlahankan api dan biarkan ia selama 30 minit sebelum tutup api. Pastikan ia sejuk dahulu sebelum anda pureekan campuran ini. Tapis menggunakan kain atau penapis halus.

 

Kebaikan: Air beras boleh menjadi pembilas rambut yang baik. Apabila ia dicampur dengan sabun castile, ia boleh menjadi syampu yang natural. Ia juga sesuai digunakan sebagai toner. Air beras boleh menjadikan rambut lebih bersinar, kulit halus dan bebas-cela dan juga baik untuk kesihatan apabila diminum.

 

5. Air pudina
Cara membuat: Isi air ke dalam jug. Campurkan hirisan lemon dan daun pudina bersama dalam satu mangkuk, isi air dan kacau. Masukkan campuran ini ke dalam jag air dan sejukkan dalam peti sejuk. Kacau sekali sehari selama 2 – 3 hari sehingga air itu sebati dan bergabung dengan baik.

 

Kebaikan: Daun pudina adalah appetizer yang baik atau pembersih palate dan juga membaiki sistem penghadaman. Ia juga mempu mengurangkan sakit perut yang berpunca dari ketidakhadaman atau radang perut. Jika perut anda sakit, minum air pudina boleh memberikan kelegaan.

 

6. Air lemon
Cara membuat: 1/2 cawan jus lemon + 2 sudu besar air panas + air sejuk (secukupnya).

 

Kebaikan: Lemon mengandungi vitamin C, walaupun tidak tinggi tetapi cukup untuk badan. Ia juga mengandungi potassium. Meminum air lemon setiap pagi mampu memberikan tubuh badan anda peluang untuk menyerap vitamin dengan lebih mudah. Lemon juga mampu meningkatkan sistem imunisasi anda.
Sekiranya tidak mempunyai lemon, anda boleh menggantikan dengan buah oren. Kandungan asid oren juga tidak tinggi seperti lemon. Lebih elok dan berkesan jika dicampurkan bersama timun atau halia untuk pembuangan angin dan bahan buangan yang lebih baik.

 

Tetapi awas ! Jangan amalkan minum air lemon ketika perut kosong atau setiap hari. Selang selikan hari adalah lebih baik terutama bagi mereka yang mempunyai gastrik. Ini kerana air lemon juga mempunyai kandungan asid yang tinggi dan jika diamal kerap atau ketika perut kosong bimbang mengakibatkan dalaman perut anda luka / gastrik bertambah teruk.

 

7. Air madu
Cara membuat: Isi air panas dalam mug + 1 – 2 sudu besar madu. Kacau sehingga sebati.

 

Kebaikan: Air madu yang diambil setiap pagi boleh membantu anda menurunkan berat badan. Ia juga boleh meningkatkan sistem imunisasi anda, mencegah alergi, melegakan sakit tekak, membuang angin dan detoks badan anda.

 

Memang mudah sangat nak buat kan. Bahan pun mudah nak dapat. Tak perlula anda membazir wang membeli produk di luar sana yang mungkin mempunyai kesan sampingan yang tidak kita ketahui. Kalau kita minum air kosong saja , rasa bosan kan? bila jadikan air itu berperisa , sekurang-kurangnya bila berperisa tu kita minum lebih sikit kan . Selamat mencuba !!