Apa Ada Dengan Chia Seed Sampai Bagus Untuk Kesihatan

162
1609

Sekarang ni ramai yang gunakan chia seed sebagai makanan untuk meraka menurunkan berat badan kerana ia melambatkan proses penyerapan makanan. Selain itu, terdapat banyak lagi manfaat chia seed untuk seharian kita.

Chia seed juga dapat melawan diabetes. Bacaan darah yang tinggi boleh mengakibatkan banyak masalah kesihatan. Oleh itu, chia seed membantu mengawal gula dalam darah.


Kandungan serat di dalam chia seed juga bermanfaat menurunkan kadar kolestrol yang tinggi, sekaligus dapat mengelakkan dari masalah kesihatan yang serius seperti penyakit jantung.

Kalsium yang tinggi di dalam chia seed dapat menjaga kesihatan dan kekuatan pada gigi dan tulang mencegah penyakit osteoporosis, menjaga kekuatan sendi tubuh, dan membantu memperbaiki fungsi tubuh.

Bagi ibu yang hamil, chia seed bermanfaat dalam perkembangan bayi selain untuk kesihatan ibu itu sendiri. Kandungan Omega-3 sangat penting untuk kesihatan dan perkembangan otak bayi di dalam kandungan.Ia juga dapat mengelakkan daripada bayi lahir pra-matang.

Sekiranya ada seorang penggemar chia seed, anda perlu teruskan rutin ini demi kesihatan anda.

SHARE