Buah Epal Hijau Mempunyai Antioksidan Yang Tinggi

176
2200

Buah epal hijau berwarna kehijau-hijauan dan mempunyai rasa sedikit masam, kadangkala ada rasa manis dan masin tak ramai yang menggemarkannya.

Tetapi bagi yang ingin menurunkan berat badan mungkin buah epal hijau ini dalah makan harian anda. Buah epal hijau mempunyai serat yang sangat tinggi.

Serat yang tinggi membantu anda berasa cepat kenyang. Ia juga membantu penyerapan dan penghadaman didalam tubuh manusia. Ini dapat melancarkan sistem penghadaman, juga membersihkan sistem badan dan meningkatkan metabolism badan.


Epal juga mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi. Karbohidrat merupakan sumber bahan api yang utama untuk badan. Ia juga dapat menggalakkan rasa kekenyangan tubuh badan.

Bagi mereka yang mempunyai masalah penghadaman atau sembelit, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia berfungsi membersihkan salauran usus serta membunag toksin dengan pantas menerusi sistem penghadaman. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Telah terbukti buah epal mengandungi antioksidan yang tinggi dan ia juga dapat membantu menurunkan kadar kolestrol jahat dan melindungi anda dari pelbagai penyakit.

SHARE