Assalamualaikum . Hari ini hari yang indah. Tidak kira sama ada panas, mendung mahu pun hujan , ia tetap hari yang indah untuk kita semua . Bersyukur kerana kita masih bernafas dan dapat menikmati keindahan alam ciptaan Illahi.
Alam yang indah ini tidak hanya di huni oleh kita tapi juga pelbagai makhluk lain sama ada dapat di lihat mahu pun tidak . Namun hari ini jum kita cuci mata lihat haiwan-haiwan yang comel dan sangat menawan ini ! Dengan warna-warni yang begitu unik . Wah , Sungguh mempersonakan sekali !
Warna Warni Hidupan Alam
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Sungguh unik dan menawan di pandangan mata bukan? . Saya sendiri Terpukau dengan Pelbagai warna bak pelangi menghiasi setiap permukaan badan haiwan-haiwan ini.
Bagaikan di alam fantasi saja.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Dalam kita terpaku dan menikmati keindahan yang unik ini
jangan lupa akan penciptaNya. Dalam kekaguman jangan lupa keagunganNya.
Inilah tanda-tanda keagungan ciptaan Ilahi. Menciptakan sesuatu yang cukup menawan buat tatapan mata.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Bukti tanda kekuasaan Allah SWT
![]() |
Surah Al-Baqarah : Ayat 164 |
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.
.jpg)
.jpg)



Indahnya ciptaan Illahi. Diciptakan semua dilangit dan bumi termasuklah semua makhluk yang menawan ini, tidak lain hanyalah untuk bersujud kepadaNya. Hanya kita manusia yang sebahagian sahaja yang menurut perintahnya. Semoga kita tergolong dalam mentadabbur keindahan alam di samping berfikir dengan bijaksana serta senantiasa bersyukur dengan segala pemberian Tuhan di dunia ini. Aminn.