Kelebihan Limau Purut Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

172
2801

Limau purut bukan saja memberi aroma yang unik dan rasa, tetapi juga pelbagai manfaat kesihatan. Ekstrak limau purut juga terdapat dalam syampu, sabun, wangian, dan produk kosmetik yang lain.

Bagi anda yang mencariu penyelesaian kepada masalah bau mulut, daun limau boleh membantu. Ia juga menggalakkan kesihatan mulut yang baik dan menghapuskan bakteria yang terkumpul dalam mulut.


Beberapa rebus limau purut dapat merangsang sistem penghadaman sekiranya anda sembelit atau senak.

Untuk mereka yang mempunyai masalah rambut seperti rambut gugur dan kelemumur limau purut melembapkan liang dan kulit untuk mencegah kelemumur dan meningkatkan penampilan dan bersinar.

Bertindak sebagai penghalau serangga yang membawa pellbagai penyakit, limau purut sangat idak disukai oleh kebanyakkan serangga..

Aromaterapi dengan limau purut dapat membantu masalah saraf dan kemurungan. Menghidu ekstrak limau purut dapat menenangkan badan dan pemikiran.

Ia juga mempunyai asid yang boleh dijadikan peluntur untuk tujuan mencuci pakaian dan menghilangkan kotoran.

Aroma daunnya juga dikatakan boleh memberi aura awet muda dan memberi fikiran lebih positif, selain dapat menghilangkan bau badan daripada peluh.

SHARE