Ketahui Rumput Yang Sesuai Untuk Laman Anda

154
2620

Pemilihan rumput untuk laman anda sangat penting jangka masa panjang. Terdapat pelbagai jenis rumput dan mempunyai ciri-ciri yang berbeza.

Rumput lembu (Cow grass)

Merupakan sejenis rumput yang digunakan untuk ditanam secara kekal. Walaupun tahap kesuburan tanah rendah, rumput ini masih boleh hidup. Tidak memerlukan air yang banyak, rumput jenis ini juga tahan lasak dan tidak perlu dibaja. Rumput lembu lebih cepat tumbuh sekiranya tanah subur dan mendapat air yang banyak.

Rumput Mutiara (pearl grass)

Tidak seperti rumput lembu, rumput mutiara memerlukan lebih air dan terlindung dari cahaya matahari secara langsung. Tanah berpasir dah bersaliran baik sangat sesuai untuk rumput ini. Walaupun rumput ini tidak perlu dipotong, perlu dielakkan rumput lain dari tumbuh di kawasan rumput ini. Rumput liar boleh merosakkan rumput mutiara ini.

Rumput Karpet Filipina (Philippine Grass)

Memerlukan cahaya matahari penuh sepanjang hari dan tidak memerlukan disiram air yang terlalu kerap, rumput ini akan menjadi tinggi jika dibiarkan terlalu lama. Lebih-lebih lagi dalam keadaan terlindung dari cahaya matahari.

Rumput Karpet Jepun (Japanese Carpet Grass)

Mempunyai bentuk daun yang lebih halus, rumput jenis ini memerlukan air yang secukupnya. Tanah kering menyebabkan rumput cenderung untuk mati. Rumput ini tumbuh dengan perlahan, namun tidak perlu kerap merumput. Harga rumput ini juga lebih mahal berbanding rumput yang lain.

Sekarang anda sudah boleh membuat pilihan untuk rumput di laman anda.