Mengapa Bunga Ros Dianggap Lambang Cinta?

37
1808

Umum kita mengetahui, apabila bicara tentang cinta sahaja, pasti terlintas di fikiran kita antara hadiah romantik yang diberikan kebanyakan jejaka kepada gadis idaman atau pasangan suami isteri mahupun kepada insan yang disayangi, adalah BUNGA ROS .

Kebiasaannya bunga ros merah dikatakan melambang hasrat hati dan cinta yang tulus kepada insan yang disayangi. Ramai wanita amat teruja dan suka apabila dihadiahkan bunga ros yang segar dari insan yang dikasihi . Bahkan setiap warna bunga ros juga dikatakan mempunyai maksud sendiri yang tersirat apabila diberikan kepada seseorang.

Tahukah anda mengapa bunga ros ini anggap lambang cinta? Dan apakah maksud tersirat disebalik setiap warna bunga ros yang berbeza?

Penyair Robert Burns pernah menulis “cintaku berwarna merah, semerah bunga mawar yang baru mekar di bulan. Juni”. Sepanjang beratus-ratus tahun, bunga-bunga mawar yang indah merekah mekar sudah dihormati untuk kecantikan mereka.

Pada zaman dahulu, dikatakan dewi-dewi cinta dalam mitologi Yunani serta Romawi kuno, Aphrodite serta Venus, dihubungkan dengan bunga mawar. Bunga mawar sudah jadi lambang untuk cinta mulai sejak zaman dulu. Ada narasi menarik mengenai penciptaan bunga mawar dalam mitologi Yunani : Chloris, Dewi bunga membuat bunga mawar dengan memberi kehidupan pada badan tidak bernyawa dari seseorang manusia. Aphrodite, sang Dewi cinta berikan kecantikannya serta Dionysus, Dewa Anggur memberi gula untuk berikan aroma manis. Karena ketiga dewa-dewi ini, bunga mawar mempunyai pesona, kecerahan serta kesan sukacita.

Bunga mawar berwarna merah juga bukan sekedar membawa makna yang lebih dari pada bunga mawar dengan warna lain, juga satu diantara lambang yang paling universal. Histori panjang dari mawar merah sudah membuatnya begitu popular. Mawar merah sudah diwakili dalam karya seni yang tidak terhitung jumlahnya, dari lukisan klasik serta puisi dan musik moden.

Makna Di Sebalik Warna Bunga Ros ?

Sungguhpun begitu, pemberian bunga ros tidak semestinya membawa erti sebuah percintaan. Bagaimana jika anda menerima sekuntum bunga ros yang berwarna lain? Pasti bingung untuk mentafsirnya bukan? Daripada membuat tekaan yang salah, jom ketahui maksud di sebalik warna bunga ros yang penulis baca daripada WOM.my.

1. Bunga Ros Merah

Ia membawa erti sebuah cinta yang tulus ikhlas, keghairahan dan juga keberanian. Bunga ros merah boleh dijadikan hadiah untuk menyampaikan mesej bahawa anda sangat mencintai dan sayangkan seseorang, umpama berkata “Aku Cinta Padamu”.Namun, disebabkan populariti bunga ros merah yang sangat meluas, tujuan pemberian bunga ros merah ini menjadi sangat meluas dan kadangkala digunakan untuk tujuan rasmi atau penghargaan.

2. Bunga Ros Pink

Berbeza dengan bunga ros merah, bunga ros pink menunjukkan rasa kegembiraan dan kesyukuran terhadap sesuatu perkara. Selain itu, bunga ros berwarna pink gelap sering digunakan untuk menunjukkan tanda penghargaan dan terima kasih seumpama anda mengucapkan “Terima Kasih”.

Namun, bunga ros berwarna pink cerah pula melambangkan kekaguman dan tanda simpati. Ia juga sering dikaitkan dengan sifat penerima itu sendiri yang mempunyai sifat lemah lembut, comel, ayu, bersopan santun, pemalu dan juga mempunyai sifat kewanitaan yang tinggi.

3. Bunga Ros Kuning

Bunga ros kuning pula membawa maksud persahabatan, kegembiraan, kelegaan dan juga kebebasan. Namun, ada sesetengah yang mengatakan bahawa bunga ros kuning memberi maksud permulaan dalam melakukan sesuatu yang baru.

Anda juga boleh menggunakan bunga ros kuning untuk mengucapkan tahniah kepada rakan atau kekasih pada hari yang menggembirakan seperti pada hari graduasi.Warna kuning sering dikaitkan dengan warna matahari. Sifat matahari yang bermanfaat untuk kehidupan lain digunakan sebagai simbol kepada warna bunga ros kuning. Ia lebih kepada perhubungan dan bukannya perasaan.

4. Bunga Ros Putih

Putih melambangkan kesucian, pengakuan, kemurnian dan juga kerohanian. Sejak dahulu lagi, bunga ros putih digunakan sebagai luahan cinta sejati yang suci berbanding dengan bunga ros merah yang membawa maksud luahan cinta yang penuh dengan keghairahan perasaan pada pasangan.Biasanya, bunga ros putih dijadikan sebagai gubahan bunga pengantin yang menggambarkan kegembiraan cinta pada hari bahagia.

5. Bunga Ros Ungu

Jika anda mendapat hadiah pemberian bunga ros berwarna ungu, itu bermakna anda telah mendapat cinta dari pandang pertama. Anda juga boleh menggunakan bunga ros ungu untk menyampaikan suatu mesej istimewa tanda cinta yang sangat mendalam sehingga tidak tertanggung rasanya.Warna ungu juga sinonim sebagai lambang keagungan, kemegahan serta kemewahan.

6. Bunga Ros Oren

Warna oren biasanya memberi mesej seperti keghairahan dan keinginan yang tulus murni, kebanggaan serta semangat yang tinggi.Ia merupakan suatu pilihan yang bagus untuk menunjukkan harapan anda untuk mempunyai perhubungan yang lebih panjang. Ia juga sesuai untuk menggambarkan perkongsian perniagaan yang baru.

Warna oren adalah hasil daripada campuran warna kuning dan merah. Jadi, bunga ros oren lebih mudah untuk difahami sebagai cubaan untuk membawa perhubungan lebih serius lagi iaitu daripada seorang kawan kepada cinta sejati.

7. Bunga Ros Hitam

Bunga ros hitam atau bunga ros berwarna merah gelap membawa erti permulaan yang baru, kelahiran semula ataupun kematian. Ia mungkin digambarkan sebagai tanda selamat tinggal dan boleh juga memberi mesej positif seperti permulaan yang baru.Namun, bunga ros jenis ini adalah yang paling sukar untuk ditemui.

8. Bunga Ros Biru

Biru merupakan suatu warna yang tenang, tetapi bunga ros biru membawa erti mustahil atau tidak dapat disempurnakan. Bunga ros biru tidak boleh didapati secara semulajadi dan ia hanyalah buatan semata-mata. Jadi, amatlah sesuai jika diberikan untuk menunjukkan hubungan itu adalah mustahil dan tidak dapat diteruskan.

9. Bunga Ros Hijau

Hijau melambangkan ketenangan, kedamaian dan juga kesetiaan. Oleh itu, bunga ros hijau lebih kepada perhubungan percintaan yang penuh dengan kedamaian serta kesetiaan.

Bagaimana pula dengan jumlah bilangan bunga ros? Adakah ia juga memberi maksud yang tersirat?

  • Sekuntum Bunga Ros

Melambangkan cinta pandang pertama dan “kaulah satu-satunya untukku”.

  • 2 Kuntum Bunga Ros

Saling menyayangi antara satu sama lain

  • 3 Kuntum Bunga Ros

“Aku cinta padamu”.

  • 6 Kuntum Bunga Ros

“Aku ingin menjadi milikmu”.

  • 7 Kuntum Kuntum Bunga Ros

“Aku tergila-gilakan kamu”.

  • 9 Kuntum Bunga Ros

Cinta abadi hingga ke hujung nyawa

  • 10 Kuntum Bunga Ros

“Kamu terlalu sempurna untukku”.

  • 11 Kuntum Bunga Ros

“Kau adalah yang paling berharga”.

  • 13 Kuntum Bunga Ros

Peminat rahsia

  • 15 Kuntum Bunga Ros

“Saya minta maaf, tolong maafkan saya”.

  • 20 Kuntum Bunga Ros

“Percayalah, aku sangat jujur terhadap dirimu”.

  • 100 Kuntum Bunga Ros

“Aku akan mencintaimu sepanjang hidupku”.

Itulah serba sedikit rahsia bunga ros yang dapat penulis kongsikan. Kepada jejaka anda perlu juga mengetahu supaya tidak tersalah menghadiahkan warna ros kepada pasangan. Takut disalahertikan. Wanita juga harus tahu serba sedikit, takut-takut anda tersalah tafsir pula pemberian si jejaka itu !

 

SHARE