Nak Cantik? Cuba Gunakan Asam Jawa

166
2286

Pernah tak terfikir kebaikan asam jawa untuk kecantikan diri? Ini manfaat lain asam jawa selain boleh dibuat minum.

Dengan asam jawa anda boleh mencerahkan tona kulit anda. Rendamkan sedikit asam jawa dengan air panas dan campurkan sedikit serbuk kunyit. Sapu dan biarkan dimuka selama 15 minit kemudian basuh dengan air suam.

Bagi wanita selepas bersalin, Campurkan 2 sudu teh ekstrak asam jawa dengan 1 sudu teh gula dan jus lemon/limau serta 1/2 sudu teh baking soda. Campurkan semua bahan tersebut sehingga sebati. Sapukan pada kulit yang terjejas dengan menggunakan berus. Gosok dengan perlahan-lahan dalam bentuk bulatan. Ini boleh mengurangkan kesan selulit.

Campurkan ekstrak asam jawa dengan madu, dan sapukan pada permukaan kulit secara berkala untuk melawan kesan dan kerosakan yang terdapat pada permukaan kulit. Ini boleh dijadikan sebagai ejen anti-penuaan.

1 sudu teh ekstrak asam jawa yang pekat dengan 1 sudu teh madu dan air mawar. Sapukan campuran ini pada leher dan biarkannya selama 20 minit. Bilas dengan air mawar ataupun air suam. Amalan ini dapat menghilangkan kesan warna hitam di leher.

Asam jawa sudah lama diketahui boleh menguatkan rambut, lantas mengelakkan asam jawa boleh elak masalah keguguran rambut. Rendamkan buah asam jawa di dalam air selama 10 minit. Kemudian, ambil airnya itu dan sapukan serta gosok pada permukaan kulit kepala dan akar rambut. Lakukan 2 kali seminggu untuk mengelakkan keguguran rambut.

Selama ini kita hanya tahu air asam jawa hanyalah untuk melegakan sakit tekak – sekarang barulah tahu benda yang asam jawa boleh membantu dalam kecantikan.

SHARE