Home Sains Teknologi nano modenkan 
sektor pertanian

Teknologi nano modenkan 
sektor pertanian

25
299

 

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) ditubuhkan pada 1969 dalam usaha kerajaan memodenkan sektor pertanian menerusi usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memenuhi keperluan industri dan membantu masyarakat.

Sejak penubuhannya, MARDI terus memfokuskan kepada tanggungjawab menghasilkan penyelidikan dalam segenap aspek kehidupan seperti yang terkandung dalam misinya menjana dan memindah pengetahuan teknologi , kompetensi dan perkhidmatan teknikal bagi menyokong pencapaian matlamat kerajaan mentrasformasi pertanian dan industri asas tani kepada sektor yang inovatif, komersial dan berdaya saing.

Selain bioteknologi, penyelidikan tanaman, teknologi lepas tuai, makanan ternakan, alam sekitar, mekanisasi dan pelbagai cabang pertanian lain, agensi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu juga menjalankan penyelidikan mengenai teknologi nano sejak tahun 2011. Ini sejajar dengan fungsi penubuhannya yang diberi tanggungjawab dalam penyelidikan berkaitan pertanian dan industri berkaitan dengannya.

Inisiatif tersebut dilaksanakan bersama oleh Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Program Penyelidikan Nanoteknologi yang diwujudkan pada tahun 2015, selepas MARDI menjalani program penstrukturan semula tahun tersebut.

Menurut Penyelidik Utama Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi MARDI, Dr. Zamri Ishak setakat ini, terdapat beberapa kajian yang telah dan sedang dijalankan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (2013- 2015).

Kata beliau, antara kajian tersebut adalah nano biosensor bagi pengesanan pantas beberapa penyakit pokok.

Katanya, teknologi nano biosensor membolehkan pengesanan penyakit tumbuhan yang terlibat dalam membangunkan teknologi pengesanan awal penyakit Cucumber Mosaic Virus (CMV), Papaya Ring Spot Virus (PRSV), Tungro dan Anthracnose dalam tanaman.

Teknologi tersebut menggunakan antibodi yang khusus terhadap CMV, PRSV, Tungro dan Anthracnose yang diselaputi bahan nano untuk meningkatkan kesensitifannya. Selain itu, teknologi berkenaan juga mempunyai beberapa ciri unik seperti reka bentuk strip yang mudah untuk aplikasi pelbagai sampel matrik dan bacaan keputusan analisis dalam bentuk digital (g/mL atau spore/mL) boleh diperoleh dalam tempoh lima minit.

Teknologi berkenaan lebih mudah, lebih murah, ringkas dan boleh digunakan dalam persekitaran makmal (in situ) berbanding kaedah konvensional yang lebih mahal dan memerlukan alat seperti Elisa dan tindak balas berantai polimerase (PCR).

“Ia juga dijangka dapat membantu kerja-kerja penyaringan sampel oleh agensi penguat kuasa dan pemantauan serta bahagian kuarantin untuk analisis di lapangan,’’ ujarnya.

MARDI juga, kata beliau, membangunkan kit sensor fotonik untuk mengesan sinensetin dalam tumbuhan misai kucing (Orthosiphonstamineus),

Katanya, hasil kajian telah menghasilkan satu prototaip yang dapat mengesan kehadiran kandungan misai kucing dalam larutan yang menggunakan sistem fotonik yang dapat mengesan sama ada herba terkandung dalam produk yang dihasilkan oleh industri.

Zamri berkata, teknologi tersebut penting kerana banyak produk herba yang dihasilkan tidak tulen dan mungkin dicampurkan dengan tumbuhan lain.

Oleh itu, katanya, alat tersebut dapat mengesan ketulenan herba misai. Walau bagaimanapun, katanya alat tersebut dalam proses penambahbaikan.

MARDI juga membangunkan teknologi baja nano salutan bagi peningkatan kualiti biji benih yang merupakan satu projek perintis. Bahan nano dilaporkan terbukti dapat meningkatkan kualiti biji benih dari segi percambahan.

Hasil projek tersebut berpotensi membantu dalam mengenal pasti bahan nano yang berpotensi dan seterusnya membawa impak positif dalam sektor agrikultur.

Secara keseluruhannya, projek ini melibatkan aktiviti pengenalpastian, pemilihan dan pencirian bahan nano terpilih; percambahan biji benih bagi padi, tomato dan betik; penentuan kadar percambahan; dan analisis statistik serta analisis molekular dan biokimia.

Satu lagi teknologi adalah Hydroxyapatite (HA) partikel nano diubah suai permukaan dengan bahan-bahan organik dan bukan organik yang berbeza dan bersaiz nano dengan luas permukaan yang tinggi.

Daripada data yang diperolehi berdasarkan analisis yang telah dijalankan, pada masa ini, tidak ada hasil yang ketara. Justeru, lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk mengatasi peratusan yang rendah kandungan nitrogen dan ikatan kimia antara urea dan HA.

1. Pencirian dan Sintesis Bahan Nano daripada sisa hasil pertanian untuk penghasilan bahan nano berfungsi

2. Pembangunan teknologi nano dalam aplikasi baja bagi peningkatan hasil pertanian

3. Pembangunan teknologi nano bagi aplikasi racun makhluk perosak (pestisid), antifungal dan antibakteria bagi pengawalan penyakit tanaman terpilih

4. Teknologi pembungkusan pintar nano yang mesra alam untuk produk agromakanan

5Pembangunan teknologi nano salutan biji benih untuk kawalan mutu dan peningkatan kadar percambahan

Rancangan sedekad hala tuju MARDI

Dr. Zamri Ishak berkata, projek penyelidikan dan aktiviti yang sedang dijalankan itu akan terus dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dan RMK-12.

Beliau berkata, MARDI bertekad ingin menjadi sebuah pusat kecemerlangan bagi penyelidikan teknologi nano dalam pertanian.

Katanya, penyelidikan tertumpu kepada pengawalan dan pembasmian penyakit pokok yang menjadi isu kepada hasil tanaman dan juga kualiti hasil pertanian serta impaknya kepada kumpulan sasar dan alam sekitar.

“Sebagai contoh, dalam usaha untuk mengekalkan hasil tanaman, baja perlu digunakan bagi menyediakan tanah dengan nutrien penting untuk tumbuhan. Anggaran awal menunjukkan bahawa antara 30 hingga 50 peratus hasil tanaman menggunakan baja komersial semula jadi atau sintetik,” ujarnya.

Pertanian moden bergantung kepada sumber-sumber yang tidak boleh diperbaharui. Oleh itu, mineral yang berkaitan dijangka dihasilkan pada kualiti yang lebih rendah dan pada harga yang lebih tinggi. Sebahagian daripada nutrien dalam formulasi baja tidak boleh diperbaharui serta tidak diserap oleh tumbuh-tumbuhan.

Sehubungan itu, larut lesap ke dalam air bawah tanah atau permukaan air boleh membawa kepada risiko yang lebih besar kepada ekosistem.

Untuk meningkatkan kualiti baja dan melindungi alam sekitar dan ekosistem, terdapat peningkatan penyelidikan ke arah membangunkan teknologi baharu untuk penyampaian nutrien tumbuhan menggunakan sistem penyampaian pintar.

Menerusi kajian tersebut kata Dr Zamri, Hydroxyapatite (HA) partikel nano telah disintesis menggunakan kaedah pemendakan kimia basah.

Dalam meningkatkan produktiviti, tanaman baja yang efisien, murah dan berkesan perlu dihasilkan untuk meningkatkan hasil tanaman seperti padi, sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan.

Menurut beliau lagi kualiti biji benih adalah satu yang amat penting untuk menentukan benih yang dihasilkan benar-benar tulen atau sebaliknya.

Dengan menggunakan teknologi nano, kualiti biji benih dapat dilabel dengan menggunakan nano-tagging dan dapat menentukan biji benih tersebut atau sudah dicampur dengan benih yang tidak tulen.

Di samping itu, ada kajian di luar negara menunjukkan dengan menggunakan bahan nano tertentu percambahan benih dapat ditingkatkan.

Teknologi pembungkusan produk makanan juga perlu dibuat kajian kerana makanan yang dibungkus sekarang ini tidak berkesan dan mudah rosak disebabkan jangkitan bakteria atau kulat yang membahayakan pengguna.

Penggunaan bahan nano tertentu dapat memberikan kesan penyimpanan produk makanan lebih lama kerana bahan nano ini dapat mengelak ancaman daripada bakteria atau kulat untuk hidup dalam bekas atau bahan pembalut atau salutan produk makanan tersebut.

Sumber dan Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/teknologi/teknologi-nano-modenkan-8232-sektor-pertanian-1.513384#ixzz5EsttnX2j
© Utusan Melayu (M) Bhd

SHARE

25 COMMENTS

  1. Hey There. I discovered your weblog the use of msn. That is
    a very smartly written article. I’ll be sure to bookmark
    it and return to learn extra of your useful information. Thank you for
    the post. I’ll certainly return.

  2. Howdy just wanted to give you a quick heads up. The words
    in your post seem to be running off the screen in Ie. I’m not sure if this is a formatting issue or something to do with web browser compatibility but I figured I’d post to let you know.
    The design look great though! Hope you get the issue resolved soon. Thanks

  3. Nice post. I was checking continuously this blog and
    I am impressed! Extremely helpful information specially the last part :
    ) I care for such info much. I was looking for this certain info
    for a very long time. Thank you and best of luck.

  4. This design is steller! You most certainly know how to keep a reader amused.
    Between your wit and your videos, I was almost moved to start my own blog (well,
    almost…HaHa!) Great job. I really enjoyed what you had to
    say, and more than that, how you presented it. Too cool!

  5. Its like you read my mind! You appear to understand so much about
    this, such as you wrote the ebook in it or something. I believe
    that you could do with a few % to power the message house a bit,
    but instead of that, that is magnificent blog. A great read.
    I’ll certainly be back.

  6. I was wondering if you ever considered changing the layout
    of your site? Its very well written; I love what youve got to say.
    But maybe you could a little more in the way of content so people could connect with it better.

    Youve got an awful lot of text for only having 1 or two
    pictures. Maybe you could space it out better?

  7. I simply want to say I’m beginner to blogging and site-building and actually savored this web site. Almost certainly I’m going to bookmark your blog post . You definitely have wonderful stories. Many thanks for sharing your web page.

  8. Awesome write-up. I am a normal visitor of your web site and appreciate you taking the time to maintain the nice site. I will be a frequent visitor for a really long time.

  9. Awesome post. I am a regular visitor of your blog and appreciate you taking the time to maintain the nice site. I’ll be a regular visitor for a long time.

  10. Hiya, I’m really glad I’ve found this information. Today bloggers publish only about gossip and net stuff and this is really irritating. A good site with interesting content, this is what I need. Thanks for making this site, and I’ll be visiting again. Do you do newsletters by email?

  11. Hey there. I discovered your site by means of Google whilst searching for a related matter, your site came up. It appears to be great. I’ve bookmarked it in my google bookmarks to come back then.

  12. Hiya, I am really glad I have found this info. Nowadays bloggers publish just about gossip and internet stuff and this is really annoying. A good blog with interesting content, this is what I need. Thank you for making this site, and I’ll be visiting again. Do you do newsletters by email?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here