Khasiat Dan Kelebihan Buah Mangga

195
2454

Mangifera Indica atau lebih dikenali dalam masyarakat Malaysia sebagai buah mangga mengandungi khasiat yang tinggi dan berkesan untuk mengubati pelbagai penyakit. Minuman ini, kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium dan magnesium dan vitamin A dan C.

Selain itu, jus buah mangga ini juga digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyidratan atau kekurangan cecair dalam tubuh badan.

Buah mangga mempunyai kandungan antioksida yang tinggi dan dapat membantu melindungi tubuh dari serangan radikal bebas penyebab beberapa jenis kanser seperti kanser usus, prostate, leukimia, dan payudara.

Vitamin C mampu mendetoksikan darah dari unsur-unsur yang tidak penting seperti kolesterol jahat, Secara tidak langsung, mencegah dari penyakit obesiti. Ini juga terdapat dalam buah mangga.

Vitamin A yang terdapat dalam buah mangga memberikan perlindungan kepada mata dari serangan beberapa radikal bebas penyebab penyakit katarak, mata kering dan sebagainya. Selain itu, ia juga membantu menjadi lebih cerah dan kesegaran mata dapat dikekalkan sepanjang hari.

Sistem pencernaan yang tidak baik juga boleh dirawat dengan buah mangga. Ia membantu sistem pencernaan secara semulajadi.

SHARE