Buah-buahan Unik Hanya Terdapat Di Sabah Perlu Anda Cuba

196
6170

Sabah di Bawah Bayu, amat sinonim dengan kekayaan flora dan faunanya. Banyak keunikan dan kepelbagaian boleh didapati di sini terutamanya buah-buahan tempatan yang hanya boleh didapati di kepulauan Borneo ini.

  1. Buah Tarap/Terap

Buah tarap ini sememangnya digemari oleh warga Borneo kerana aroma isi buahnya dan dinantikan ketibaan musimnya.

Buah tarap mempunyai lapisan kulit berduri yang menyerupai buah durian, namun, permukaan duri-duri ini sebenarnya lembut.

Ada juga yang mengatanya menyerupai buah cempedak atau nangka. Namun, sebenarnya rasa buah tarap dengan buah cempedak atau nangka adalah jauh berbeza.

Permukaan kulit buah tarap yang sudah masak adalah lembut, dan ia boleh dikopek begitu saja.

Setelah kulitnya dikopek, isi buah tarap boleh dijamu terus. Biji buah tarap juga boleh dimakan setelah ia digoreng.

2. Buah Bambangan

Buah tempatan ini adalah dalam keluarga mangga. Buah ini sunggupuh kulitnya belum dikopek, haruman buah yang sudah masak boleh dihidu tatkala masih berada jauh darinya.

Buah ini mempunyai kulit yang tebal dan isinya pula berwarna kuning keemasan. Buah bambangan yang sudah masak boleh dimakan terus. Isinya cukup manis dan harumannya akan berikan kepuasan kepada siapa-siapa saja yang menikmatinya.

Seorang saintis Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), dekat sini, berjaya menemui ekstrak daripada buah bambangan yang mampu membunuh sel kanser payudara.

Ada juga yang memakan buah ini dengan mencecahnya dengan kicap, garam atau sambal serta dibuat jeruk. Memang sedap!

3. Durian Dalit / Merah

Durian dalit ini tumbuh liar di hutan dan ia biasanya berbuah serentak dengan musim durian di Sabah dan Sarawak.

Luarannya adalah seperti durian biasa, cuma saiz setiap biji durian adalah lebih kecil daripada durian biasa.

Rasa durian ini pula adalah jauh berbeza dengan durian yang biasa kita makan. Ia mempunyai aroma yang tersendiri, tidak mempunyai bau “gas” yang kuat seperti durian biasa. Rasanya lebih kepada lemak manis dan boleh ditumis untuk dibuat lauk.

4. Buah Pengalaban

Buah ini dalam bahasa tempatan di namakan buah pengalaban.  Pokoknya besar dan tinggi seperti pokok jati. Hanya tumbuh di hutan tebal dan tumbuh secara liar.

Buah ini berada di dalam keluarga buah avacado. Rasanya yang lemak manis ini amat digemari dan mempunyai permintaan yang tinggi. Ianya dimakan dengan merendamkannya di dalam air panas selama 5-10 minit. Airnya rendamanya dibuang dan buah tersebut sedap bila dilumur dengan sedikit garam.

Banyak lagi buah-buahan unik boleh didapati di Sabah. Apa kata anda datang melawat Sabah dan sendiri mencubanya.

 

SHARE