Tahukah anda dengan beberapa idea & kreativiti anda boleh menjimatkan belanja dapur anda sebulan. Apa kata anda cuba idea ‘urban farming’ untuk ruang rumah apartment yang terhad atau ruang luas seperti rumah teres dan pejabat. Anda mampu mengeluarkan produk makanan sendiri dari rumah. Hebatkan!

Kos sara hidup yang meningkat menyebabkan harga sayuran turut meningkat. Jom kita berjimat dengan tanam sayur sendiri selain dapat menghasilkan sayur yang sihat tanpa racun serangga. Terdapat beberapa tanaman yang mudah saja tumbuh di dalam pasu.Berikut dikongsikan idea penanaman yang sesuai untuk kediaman anda. Pastikan tanaman mendapat cahaya matahari dan air yang cukup.Tanaman yang wajib anda cuba;

  1. Sayur Kangkung
  2. Sayur Bayam
  3. Cili Padi
  4. Sayur Sawi
  5. Pokok Kari
  6. Daun Bawang
  7. Daun Kunyit
  8. Daun Pandan
  9. Pokok Serai

Good luck Balcony Gardener!

Penggunaan ‘Rooftop’ sebagai kawasan penanaman yang paling sesuai kerana mendapat cahaya matahari yang penuh

Cipta kelainan dengan gaya rak dan susun atur pasu mudah alih memberi impak yang kemas dan santai

Dekorasi ‘edible garden’di salah sebuah restoran di Singapura

Teknik penanaman ‘planter’ sangat relevan untuk kawasan yang luas seperti ruang pejabat dan rumah teres

Ruang kosong di belakang rumah mampu memberi kelainan dengan hasil tanaman sendiri

Maksimakan ruang dinding dengan botol kitar semula dan tanaman seperti daun sup dan daun bawang untuk dekorasi yang unik dan hipster

Menjadi ‘trending’ di Singapura apabila Kebun komuniti menjadi semakin popular di kalangan penduduk bandar yang tinggal di kawasan Apartment.

SHARE