Kelebihan buah Zaitun yang ramai tak tahu!

165
2060

Nama Tempatan : Zaitun
Nama Saintifik: Olea europaea
Famili : Oleaceace
Kegunaan dari pohon : Buah dan minyak

Pokok zaitun adalah antara spesis tanaman tertua didunia. Penggunaannya sebagai perubatan diwarisi sejak zaman purba Mesir dan para ambiya terdahulu. Buah zaitun mempunyai pelbagai khasiat dan perkara ini dibuktikan melalui Al-Quran dan sains. Surah Al-Tin di dalam Al-Quran menceritakan tentang kelebihan pohon ini.

Zaitun pohon yang diberkati dan memberi manafaat kepada manusia. Buah zaitun yang belum masak berwarna hijau manakala yang masak berwarna ungu kehitaman.

Buah zaitun yang masih muda
Buah zaitun yang telah masak

Masyarakat Mediterranean umumnya, mempunyai jangka hayat yang melebihi kebiasaannya kerana gaya hidup yang sangat akrab dengan pohon zaitun.Tahap penyakit jantung dikalangan penduduk juga adalah rendah.

Minyak zaitun mempunyai kadar keasidan yang rendah amat selesa dengan perut dan memudahkan penghadaman. Struktur minyaknya lebih jernih dan penggunaan minyak zaitun dalam masakkan dapat mencegah penyakit berbahaya seperti sakit jantung, barah usus serta barah payudara. Ia juga boleh diambil begitu sahaja sesudu setiap pagi dan anda akan rasa kelainanan pada tubuh setelah beberapa minggu mengamalkannya.Minyak zaitun juga sangat bagus untuk merawat kulit, kulit kepala dan digunakan secara meluas dalam industri kecantikkan pada hari ini.Selamat mencuba!

 

 

 

 

SHARE