Tahukah Anda? 500,000 Pokok Bernilai Tinggi Di Tanam Sepanjang Lebuhraya PLUS

225
3497

Sebanyak 500,000 pokok jati telah ditanam di lebuh raya Projek Lebuh Raya Utara-Selatan Bhd. (PLUS) di lokasi tertentu di sepanjang lebuh raya tersebut sejak tahun 1992!

Pokok Jati merupakan sejenis pokok yang menghasilkan kayu bermutu tinggi. Nama saintifik jati adalah Tectona grandis. Pohon Jati merupakan pokok yang besar, berbatang lurus, dapat tumbuh mencapai tinggi 30-40 m. Ia berdaun besar yang meluruhkan luruh pada musim kemarau. Jati juga dikenali dunia dengan nama Inggerisnya iaitu ‘teak’.

Harga di pasaran semasa sangat tinggi sehinggakan produk hasil kayu jati seperti perabot kerusi mahupun katil jati boleh mencecah harga ribuan ringgit!

Objektif penanaman pokok Jati di lebuhraya PLUS adalah untuk menyumbang kepada bekalan kayu balak negara pada masa depan selain memberikan teduhan, habitat fauna, meredakan iklim mikro setempat selain memanfaatkan tanah lapang sepanjang lebuh raya tersebut.

Lokasi yang terbabit dengan penanaman pokok jati itu ialah di kawasan persimpangan Bertam-Gopeng, persimpangan Gopeng-Sungai Buloh, Seremban-Pagoh, Pagoh-persimpangan Yong Peng (Utara) dan Persimpangan Yong Peng (Utara)-Sedenak.

Usaha PLUS itu dilihat sebagai menyahut seruan Perdana Menteri ke-4 pada ketika itu untuk menghijaukan alam sekitar sekali gus dapat memanfaatkan tanah lapang di sepanjang lebuh raya tersebut.

gambar pokok jati usia 5 tahun