Tips pilih rumput untuk kediaman

173
1495

Rumput memainkan peranan penting menghiasi laman kediaman anda. Sejuk mata memandang apabila laman dihiasi dengan rumput hijau yang cantik.Namun, sebelum membeli rumput anda perlu mendapatkan beberapa informasi penting mengenai jenis- jenis rumput bagi memastikan pemilihan rumput sesuai dengan jenis kediaman anda.  Jangan lupa fikirkan ‘maintenance’ yang perlu anda hadapi untuk penjagaan rumput supaya kekal sihat dan tahan lama.Tahap ‘survival’ rumput berbeza mengikut keadaan kawasan dan kadar pancaran matahari. Jenis- jenis rumput yang perlu anda tahu seperti berikut;

PEARL GRASS ( RUMPUT MUTIARA) – Axonopus compressus (dwarf)

Bagi pengemar laman tropika jangan abaikan rumput ini kerana mampu memberi kesan rumah ala-ala resort seperti yang anda idam-idamkan.Kebanyakkan landskap yang bertemakan resort menggunakan rumput ini kerana karekter daun yang lebar dan pendek. Fakta menarik, daunnya lambat panjang jadi sangat menjimatkan duit poket anda untuk mengupah pemotong rumput untuk penyelanggaraan.Sangat sesuai dengan kawasan matahari penuh dan kawasan redup yang kurang mendapat pancaran matahari.Sensitif pada kawasan takungan air. Harga sedikit mahal berbanding rumput biasa namun jangan abaikan kesan jangka panjang terhadap laman kediaman anda. Sangat berbaloi!

COW GRASSAxonopus compressus

Rumput jenis ini digunakan secara meluas di kawasan tropika seperti Malaysia. Mudah tumbuh dan kos adalah yang paling murah berbanding rumput lain.Daya tahan yang sangat tinggi daripada serangan penyakit.Rumput ini sangat mudah merebak dan penyelenggaraan juga perlu kerap dilakukan kerana rumput jenis ini cepat panjang berbanding spesis lain.Sangat sesuai ditanam di kawasan yang panas dan redup.

PHILIPPINE GRASS – Zoysia matrella

Rumput philiphine mempunyai tekstur daun yang halus dan tajam. Berwarna hijau gelap sekiranya mendapat air yang cukup namun jika berwarna hijau muda petanda rumput anda kekurangan air.Rumpai perlu segera dicabut sekiranya terdapat di dalam kelompok rumput ini. Sangat sesuai untuk kawasan yang mendapat pancaran matahari penuh.Penjagaan mudah & tahan lasak. Pemotongan kerap perlu dilakukan kerana rumput jenis ini cepat panjang.

JAPANESE GRASS – Zoysia Japonica

Rumput jepun bertekstur halus dan padat berbanding rumput philiphine. Berwarna hijau muda. Kadar pertumbuhan perlahan dan pemotongan yang minima.Memerlukan air yang cukup untuk tumbuh dengan cantik dan sangat bertoleransi kawasan kering. ‘Maintenance’  juga tinggi kerana penggunaan baja dan jika terdapat rumput liar perlu di cabut dengan segera bagi mengelakkan pembiakkan berlaku. Harga bagi rumput jenis ini juga mahal berbanding jenis rumput lain.

SHARE