10 Tips Bentuk Laman Rumah Menarik

24
996

Laman rumah mempunyai nilai amat berharga bagi seseorang pemilik kediaman, kerana laman rumah yang cantik akan mempengaruhi emosi seseorang. Begitu juga bagi tetamu yang berkunjung ke rumah pastinya akan berasa teruja dan tertarik dengan laman rumah tersebut.

rr_41_fokus_taman_2

1. Tanam pokok jenis tinggi yang boleh membesar seakan menjadi pagar kediaman anda seperti di sisi dan di belakang rumah. Jarakkan penanaman pokok tersebut bagi memberi ruang pokok untuk membesar dengan sempurna.

rr_41_fokus_taman_3

2. Menanam tumbuhan yang besar dan tinggi, di samping tumbuhan renek disekelilingnya akan mewujudkan ruang laman yang lebih luas.

rr_41_fokus_taman_4

3. Elakkan mencampur adukan penanaman pokok pada kawasan yang sama, kerana ini akan mencacatkan pemandangan.

rr_41_fokus_taman

4. Elakkan penanaman pokok yang terlalu banyak di halaman rumah anda, kerana ia akan menengelamkan panorama rumah.

5. Elakkan daripada menanam tanaman atau tumbuhan berdekatan dengan pintu masuk atau laluan pejalan kaki ini mungkin meghalang laluan anda.

6. Jika ingin mewujudkan tanaman sayuran pastikan anda membuat perancangan terlebih dahulu. Seeloknya asingkan tanaman sayur dengan landskap anda. Sebagai contoh hadapan rumah untuk landskap manakala tepi rumah atau belakang rumah untuk tanaman sayuran.

rr_41_fokus_taman_5

7. Bagi anda yang baru sahaja mewujudkan landskap, mulakan dengan menanam pokok yang mudah dijaga.

8. Pastikan juga anda mewujudkan kawasan untuk anak-anak anda bermain.

rr_41_fokus_taman_6

9. Bagi yang inginkan tambahan eksesori laman pula, pilih yang tidak terlalu besar dan berat. Ini akan memudahkan anda mengubah kedudukan objek tersebut.

10. Buat rujukkan dalam majalah.

Sumber : http://www.creativehomex.com

SHARE