11 Tempat Menakjubkan Dan ‘Rare’ yang Perlu Anda Lawati Di Eropah

206
2899

Eropah mungkin bukanlah satu benua yang besar tetapi benua ini dipenuhi dengan kepelbagaian budaya, identiti, negara dan tempat untuk dijelajahi. Kita semua pernah dengar tentang Paris, Barcelona, London dan Venice yang merupakan antara destinasi pelancongan paling top di dunia, tetapi bagaimana pula dengan sejumlah besar lagi kawasan dan bandar lain yang terdapat di benua ini yang kadang-kadang seperti dilupakan dek kerana terselindung di sebalik nama-nama bandar besar yang lebih popular?

Terdapat banyak tempat di Eropah yang berbaloi untuk dikunjungi tetapi agak kurang dilawati kerana tidak sepopular destinasi-destinasi lain seperti Paris dan London. Alah, tempat-tempat yang anda mungkin tak terpikir atau tak pernah terlintas pun untuk kunjungi itu. Jom kita tengok antara 11 tempat yang spectacular yang anda patut lawati sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Tapi jaga-jaga sebab selepas baca list yang kami sediakan ini, anda mungkin mahu fikir balik route untuk Euro trip anda nanti. Hehe.

1. Tromsø, Norway

Mengunjungi Garisan Artik adalah satu pengalaman yang sangat luar biasa, lebih-lebih lagi jika anda pergi ke Tromsø, iaitu sebuah bandar di Norway yang sangat cantik. Tiada masa yang tertentu untuk anda kunjungi bandar ini kerana tak kira bila anda ke sini, pemandangan di sini tidak pernah mengecewakan. Tetapi, di sini jelas perbezaan antara musim disebabkan oleh satu fenomena yang terjadi pada musim panas, iaitu ‘the midnight sun’.

Jika anda merupakan seorang nature lover, Norway adalah syurga bagi anda! Norway menawarkan banyak landskap yang menakjubkan, termasuklah landskap glasier. Dan semestinya Tromsø Fjord antara yang paling cantik! Selain itu, jangan lepaskan peluang juga untuk merasai pengalaman melihat aurora, dog sledging, ice fishing, dan juga skiing.

*Baca: 10 Sebab Kenapa Perlu ke Norway

2. Calabria, Itali

Untuk pencinta laut pula, Calabria adalah syurga anda. Salah satu perkara yang paling best tentang Calabria adalah anda boleh menghabiskan masa pagi anda berjemur di bawah matahari atau bermain ombak, manakala pada waktu petang pula, anda boleh bersiar-siar dan explore perkampungan-perkampungan kecil yang terdapat di sekitar rantau ini.

Pastikan anda tidak lupa untuk mengunjungi Taman Negara Pollino (Pollino National Park) juga. Taman negara ini merupakan kawasan perlindungan yang terbesar di Itali. Taman negara ini benar-benar cantik dan yang penting, lebih murah berbanding tempat-tempat seperti Tuscany dan Umbria.

3. Michael’s Mount and Marazion, England

St. Michael’s Mount merupakan antara tempat bersejarah yang patut anda lihat di England. Tapi jangan terkeliru pula dengan Mont Saint Michel di Perancis pula, ya. St. Michael’s Mount adalah sebuah pulau kecil yang terletak di Mount Bay, Cornwall, England. Ianya adalah tempat yang sempurna untuk di-explore, beserta dengan jirannya, iaitu Marazion di mana anda boleh mencuba manisan tempatan di situ yang dipanggil Cornish fudge.

St. Michael’s Mount memang best untuk dilawati apabila air sedang surut. Jadi pastikan anda tak terlepas pandang apabila air laut mulai naik, tau! Walaupun mempunyai pemandangan dan suasana yang cantik dan tenang, tentu sahaja tiada siapa yang ingin terkandas di tengah-tengah laut, kan? Haha.

4. Grundarfjörður, Iceland

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Iceland semakin dikenali dan menjadi antara destinasi yang paling popular dalam kalangan traveler. Anda juga mesti sudah tahu kenapa, kan? Walaupun kebanyakan pengunjung lebih gemar pergi ke bahagian barat daya kepulauan tersebut, tempat-tempat seperti Grundarfjörður juga sangat berbaloi untuk dikunjungi.

Kenapa? Sebab seluruh kawasan Grundarfjörður, termasuklah kawasan-kawasan di sekitarnya, tersangatlah menakjubkan. Jika anda berpeluang untuk mengunjungi bandar kecil ini, pastikan anda tidak ketinggalan untuk melawat Gunung Kirkjufell semasa pendakian di sekitarnya. Anda mungkin dapat tengok burung puffin di depan mata anda sendiri juga! Di sini juga adalah tempat terbaik untuk anda explore Taman Negara Snæfellsnes (Snæfellsnes National Park). Ketika musim panas, penduduk tempatan di sini akan membina replika perkampungan Viking (Viking Village) di tengah-tengah Grundarfjörður. Memang awesome!

5. Tarn Canyon, Perancis

Tarn Canyon atau Gorges du Tarn adalah antara canyon yang paling cantik di benua Eropah, dan sudah semestinya satu tempat yang luar biasa untuk diterokai. Salah satu cara yang paling best untuk menikmati keindahan canyon ini adalah dengan menaiki kayak atau kanu melalui Sungai Tarn. Selepas penat berkayak, anda bolehlah mengunjungi Castelbouc, iaitu sebuah perkampungan kecil yang terletak di antara canyon (atau jurang) dengan sungai tersebut. Memang tempat yang sesuai untuk bersantai selepas letih berkayak.

6. The Azores, Portugal

Kumpulan pulau-pulau di Mid-Atlantic ini adalah antara kecantikan semula jadi yang tidak tercemar di Eropah. Ianya merupakan sekelompok pulau yang paling menarik untuk dikunjungi di Eropah. Di sini terdapat gunung berapi, kawah-kawah besar, perkampungan desa Portugis yang cantik dan juga sebuah rizab biosfera (Biosphere Reserve) yang dilindungi di bawah UNESCO.

7. Perast, Montenegro

Perast adalah sebuah pekan kecil yang terletak di Teluk Kotor (Bay of Kotor), Montenegro dan boleh dikatakan antara salah satu pekan yang tercantik di kawasan itu. Pekan cantik ini mempunyai sejarah Venetian yang kuat yang bermula sejak beratus-ratus tahun dahulu. Walaupun sudah agak tua, ianya masih lagi terjaga dan sangat berbaloi untuk dikunjungi. Jangan lupa untuk melawat pulau-pulau yang berdekatan di sekitarnya juga, seperti St. George dan Our Lady of the Rocks, yang menempatkan sebuah gereja kecil kuno yang telah berada di sini sejak lebih daripada 500 tahun yang lalu!

Selain itu, harga dan kos untuk melancong di Perast ini juga tidak semahal destinasi-destinasi lain yang lebih kurang sama dengannya, seperti Greece dan Sepanyol. So, dapatlah jimat sedikit!

8. Lednice-Valtice, Republik Czech

Kita semua sudah biasa dengar tentang kecantikan dan keindahan Prague tapi jika anda travel jauh sedikit ke arah timur selatan daripada bandar tersebut, anda akan sampai di Lednice-Valtice. Ianya adalah tempat yang menakjubkan untuk anda lihat di Republik Czech. Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk melawat Lednice Castle dan juga Church of the Assumption of the Virgin Mary untuk menyaksikan sendiri sina bina gothic yang sangat grand di dalam gereja tersebut.

Selain itu, jika anda inginkan waktu petang yang santai, ‘lompat’ sahaja ke dalam salah satu bot kecil yang banyak terdapat di situ dan nikmati boat trip di sepanjang Sungai Dyje. Sangat gorgeous!

9. Slovak Paradise National Park, Slovakia

Slovak Paradise National Park adalah sebuah taman negara yang patut anda kunjungi di Slovakia. Taman negara ini mempunyai sejauh lebih 300 km laluan bertanda dan laluan mendaki, dan ianya sangat sesuai untuk anda menikmati keindahan alam semula jadi di Slovakia. Pastikan anda melawat sekali antara gua yang gah dan mengagumkan semasa anda berada di sini nanti. Pasti tidak akan menyesal!

Selepas penat berekreasi di taman negara, bolehlah cuba makanan tradisional penduduk di sini yang dikenali sebagai Bryndzové pirohy. Ianya adalah sejenis dumpling yang berasal daripada Eropah Tengah dan Eropah Timur. Kebiasaannya dumpling ini diisi dengan kentang, daging kisar, keju, kobis jeruk dan buah-buahan. Kadang-kadang, ada juga topping seperti melted butter, sour cream, bawang goreng, malah ada juga yang meletakkan kesemua bahan-bahan tersebut. Dengar pun boleh buat kita terliur, kan? Yummy!

*Baca: 6 Tips untuk Elak Makanan Syubhah Ketika Travel

10. Pag Island, Croatia

Croatia adalah antara destinasi percutian yang mempunyai persisiran pantai yang paling cantik di Eropah. Keindahan pulau-pulau, pantai dan juga persisirannya sangat menakjubkan membuatkan kita rasa seolah-olah sedang bermimpi. Pulau Pag tidak terkecuali dengan ciri-ciri ini. Apabila anda berada di sana, pastikan anda tidak terlepas peluang untuk bermain air atau berenang di Pantai Simuni dan melawat Olive Gardens of Lun untuk melihat antara pokok zaitun yang paling tua di Croatia. Berita baik bagi peminat lace pula, terutamanya gadis-gadis itu, jangan lupa untuk melawat Pag Lace Gallery. Bolehlah buat inspirasi untuk baju raya tahun depan pula. Hehe.

11. Gotland & Visby, Sweden

Eropah

Kalau anda masih belum tahu, Sweden mempunyai sejumlah besar perkara atau aktiviti yang anda sebagai travelers boleh alami dan nikmati. Dari Hotel Ais di sebelah utara, Stockholm, Swedish Lapland dan Gothenburg di sebelah barat pula, ia sememangnya sebuah negara yang pelbagai. Tapi ada satu tempat yang mungkin tidak biasa kita dengari dan tak pernah terlintas pun untuk kunjungi. Tempat itu adalah Gotland, iaitu pulau yang paling besar di Sweden dan Lautan Baltik! Penduduknya yang tidak ramai dan kurangnya pembangunan di pulau ini menjadikan pulau ini sungguh tenang dan menawan hati. Jangan lupa untuk melawat bandar bersejarah Visby untuk melihat Tembok Kota Visby (Visby City Wall) yang luar biasa, peninggalan gereja St. Nicolai (St. Nicolai Ruin) dan mencuba makanan laut di restoran yang terdapat di pelabuhan.

Kalau anda berasa extra adventurous, joinlah lawatan ke Gua Lummelunda. Bahagian gua ini yang telah diterokai adalah sepanjang kira-kira 4.5 km, menjadikannya antara gua yang paling panjang di Sweden!

So, macam mana? Anda dah terfikir untuk tukar route Euro trip anda? Hehe.

Selamat meneroka!

Artikel ini telah diambil dan diolah semula ke dalam bahasa yang mudah difahami daripada sumber asal: – Hand Luggage Only.

SHARE