11 Khasiat Bunga Cengkih Yang Tidak Anda Sedari

0
205

Apabila disebut bunga cengkih pasti kita mengenalinya sebagai bahan masakan yang tidak boleh dipisahkan dalam ramuan membuat kuih atau masakan. Cengkih atau nama saintifiknya Eugenia Aromaticum mengandungi bahan bahan seperti manganese ,vitamin c, vitamin k,omega 3 (fatty acid),magnesium,kalsium dan fiber yang tinggi.Terdapat pelbagai khasiat bunga cengkih yang kita sedari atau pun tidak.

Bunga cengkih juga mengeluarkan aroma disebabkan bahan aktif nya yang bernama eugenol dan ekstrak bahan ini mempunyai nilai antiseptic dan juga “anaesthetic”.

Khasiat bunga cengkih

1. Menghitamkan alis mata(kening)

Caranya: 5-7 biji bunga cengkih kering dibakar sampai hangus, kemudian ditumbuk  halus dan ditambah dengan minyak badan secukupnya. sapukan pada kening mata setiap hari

2. Menguatkan jantung 

Caranya : Bunga cengkih yang kering, dikunyah dan dihisap airnya, lakukan setiap hari. Minyak cengkih dapat memperkuat lendir usus dan perut serta menambah jumlah darah putih.

3. Mengubati Campak

Cara nya:10 Biji bunga cengkeh direndam dalam air masak semalaman. Kemudian ditambah dengan gula batu dan dikacau sampai rata. Lalu diminum sedikit demi sedikit secara teratur

4. Menghilangkan Sakit Gigi

Caranya : Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Sumbatkan bahan campuran tersebut ke dalam gigi yang berlubang. Keredaan sakit gigi akan beransur pulih. Boleh di kunyah bersama halia

5. Menghilangkan rasa mual dan pening

Caranya : Kemam atau hisap bunga cengkih dan mamah sedikit dengan kemenyan putih

6. Menghilangkan Bau Mulut

Caranya : Ambil sekuntum bunga cengkih hidup atau yang telah kering dan kunyah, nafas anda akan berbau harum atau tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkih dan tiga ulas bawang putih kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih lakukannya tiga hari sekali

7.Menghilangkan Bau Peti Sejuk

Cara nya: Bagi menghilangkan bau yang kurang enak, masukkan segelas kecil bunga cengkih kedalamnya selain daripada seketul arang kayu.

8.Radang Hati

Cara nya : Minum susu kambing yang dicampur dengan bunga cengkih dan madu asli. Susu tersebut hendaklah dipanaskan setiap pagi dan petang.

9.Selsema

Caranya :Rebuskan jus halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan lada sulah dengan sukatan sama banyak (satu sudu besar) kedalam 1liter air. Minum air rebusan tersebut ketika masih suam.

10.Sembelit

Caranya : Buah manjakani, buah pala, bunga lawang dan bunga cengkih digiling halus kesemuanya. Bahagikan kepada tiga bahagian sama banyak. Minum sebanyak tiga pagi bersama air suam yang dicampurkan dengan madu dan telur ayam.

11. Mengelakkan Semut

Cara : Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula bagi mengelakkan semut. Semut akan hilang dan gula berbau harum.

SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here