BACA : 10 TEMPAT MENARIK DI SEOUL YANG ANDA ‘WAJIB’ SINGGAH !

10
317

10 TEMPAT MENARIK DI SEOUL & SEKITARNYA YANG ANDA ‘WAJIB’ SINGGAH

Berikut adalah tempat menarik di Seoul dan sekitarnya. Rugi kalau ‘missed!’

1. NAMSAN TOWER

Namsan Tower merupakan mercu tanda paling terkenal di Seoul. Kalau di Malaysia ada KLCC dan KL Tower, ikon kota Seoul pula adalah Namsan Tower.

Dari ketinggian 236.7m, anda boleh melihat panorama kota Seoul secara menyeluruh. Di puncak juga terdapat pelbagai cenderahati ekslusif untuk dibawa pulang.

Jangan lupa untuk tinggalkan tanda kenangan anda di dataran ‘Love Locks’nya yang terkenal. Disini juga terdapat Muzium Teddy Bear yang mempamerkan anak patung beruang yang menggambarkan kehidupan di Seoul pada masa dahulu dan kini serta berlatar belakangkan bandar terkemuka lain seperti Myeongdong, Insadong dan Dongdaemun.

tempat menarik di korea

Foto Kredit: nadoyo.kr

2. DONGDAEMUN

Disinilah terletaknya tersergam megah rekaan senibina arkitek terkenal Zaha Hadid iaitu Dongdaemun Design Plaza (DDP). Bangunan ini telah terpilih sebagai salah satu tempat wajib dikunjungi oleh New York Times. Rekaannya yang sofistikated ini ialah merupakan pusat utama bagi acara konvensyen, persembahan, dan pameran. LED rose garden adalah salah satu spot yang paling popular untuk bergambar sama ada waktu siang atau malam. Sekali pandang, memang kagum!

Dongdaemun juga terkenal dengan pasar malamnya yang santai dengan pelbagai barangan yang dijual serta aneka street food untuk dicuba.

Jangan tak tahu, dekat Dongdaemun juga ada tempat bagi yang menggilai ikon Kpop seperti Bigbang dan 2NE1. Di K-Live, Dongdaemun Lotte FitIn, anda boleh membeli pelbagai official merchandise daripada artis-artis kesayangan and, mengambil gambar secara virtual di photobooth serta konsert hologram bagi yang ingin mengalami kehangatan suasana di konsert.

Jangan lepaskan peluang juga untuk ke Krunk Kafe, sebuah kafe bertemakan artis Korea yang digayakan oleh beruang biru terkenal iaitu Krunk. Comel sangat!

3. MYEONGDONG & NAMDAEMUN

Memang rugi kalau tidak singgah ke Myeongdong sesudah sampai ke Seoul. Kawasan ini ada tempat membeli-belah terbaik jika anda ingin mencari skincare dan produk mekap dari Korea. Kedai pakaiannya juga tidak kurang hebatnya. Harga juga agak berbaloi dan boleh ditawar.

Kalau ke sini, tak sahlah kalau tak singgah ke kafe-kafe unik di sini seperti Cat Café dan Hello Kitty Café. Tentunya ia memberi pengalaman yang baru bagi anda. Selain itu, bagi penggemar Kpop, kedai menjual CD dan merchandise Kpop ada di serata tempat.

Berdekatan Myeongdong, anda boleh pergi ke satu lagi tempat membeli-belah yang popular iaitu Namdaemun.

Foto Kredit: tripadvisor.com

4. INSADONG

Secara peribadinya, Insadong adalah salah satu tempat yang saya paling gemari. Tempat ini sedikit sebanyak mengingatkan saya kepada Jonker Street di Melaka dan juga street art serta kafe-kafe di Penang. Insadong adalah ibarat street art di Seoul yang nostagik, padat dengan pelbagai acara seni dan festival yang sering diadakan di sepanjang jalan. Ia menawarkan peluang bagi pelancong untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang seni dan kebudayaan tradisional Korea.

Di sini juga terdapat cenderamata yang lebih berkualiti dan cantik hasil kerja tangan pereka-pereka tempatan. Selain keychain, beg, dan patung-patung comel, ada juga kedai-kedai tembikar, galeri, kedai coklat, dan teh. Di sini juga terletaknya banyak restoran tradisional dan tea houses.

Setiap Sabtu dari 2 petang – 10 malam dan Ahad dari 10 pagi – 10 malam, jalan utama di Insadong ini akan ditutup kepada kenderaan dan bertukar menjadi kawasan ekslusif pejalan kaki bagi mempamerkan budaya Korea.

Foto Kredit: wikimedia.org

5. PULAU NAMI

Walaupun terletak agak jauh sedikit dari Seoul, Pulau Nami adalah lokasi yang patut anda lawati, terutamanya bagi penggemar keindahan alam semulajadi. Terletak lebih kurang 2 jam dari Kota Seoul, anda boleh pergi ke Pulau Nami dengan menaiki tren dan teksi. Di sinilah penggambaran drama terkenal Winter Sonata.

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh seisi keluarga di pulau ini. Terdapat dua cara untuk masuk ke Pulau Nami iaitu dengan menaiki feri atau melalui zipline bagi yang sukakan cabaran. Di dalam pulau tersebut, anda boleh menaiki basikal, buggy, bot pedal atau melakukan sukan air lasak. Terdapat juga taman permainan dan perpustakaan kanak-kanak yang menarik dan surau bagi pengunjung Muslim.

Pelbagai hidangan boleh dinikmati di beberapa restoran yang disediakan. Antara makanan yang terkenal adalah ‘nasi goncang’ atau dosirak.

6. ISTANA GYEONGBOKGUNG

Hayati sejarah Dinasti Joseon di Istana Gyeongbokgung. Istana ini dipelihara sejak dahulu lagi sebagai usaha untuk memperkaya nilai tradisi dan kebudayaan masyarakat Korea. Menariknya, di sini anda boleh mencuba pakaian tradisional Korea iaitu hanbokdan bergambar di sekitar istana.

Foto Kredit: traveloista.com

Berdekatan dengan istana Gyeongbokgung terletaknya Tugu Raja Sejong iaitu raja paling berpengaruh di Korea suatu ketika dahulu dan merupakan tokoh yang memperkenalkan tulisan hangul sebagai tulisan rasmi. Muzium Raja Sejong yang terletak betul-betul di bawah tugunya yang dibina bagi memperingati jasanya terhadap pembangunan Korea. Anda juga boleh mencuba menulis nama sendiri dalam tulisan hangul sebagai kenangan.

7. ITAEWON

Itaewon adalah bandar yang terkenal dengan gabungan budaya yang meluas termasuk Islam. Disinilah terletaknya Seoul Central Mosque untuk kemudahan umat Islam. Makanan juga mudah dicari disini kerana populasi penduduk Islamnya yang agak ramai. Pelbagai makanan seperti kebab Turki dan makanan Indonesia dijual di kawasan ini bagi santapan pengunjung. terdapat beberapa deretan kedai untuk para pengunjung membeli belah.

Itaweon juga menempatkan beberapa kafe terkemuka yang menghidangkan pastri dan kek yang menarik. Di sini juga anda boleh mencuba kafe dan mengambil gambar di Line Friends Store iaitu bangunan 3 tingkat yang berkonsepkan karakter Line yang comel.

Foto Kredit: english.visitseoul.net

8. LOTTE WORLD

Lotte World adalah taman tema indoor terbesar di dunia. Sejak dibuka pada tahun 1989, taman tema ini sesuai dikunjungi seisi keluarga tidak kira musim. Taman tema ini menjadi kunjungan dari berjuta pelancong setiap tahun.

Di dalamnya terdapat 45 jenis tarikan yang boleh dicuba seisi keluarga. Antaranya tarikan bertema seperti Sinbad, Egyptian dan Atlantis. Kegiatan lain juga pasti menarik perhatian seperti bermain ski, membeli belah, melawat akuarium dan muzium sejarah Korea.

Foto Kredit: trazy.com

9. PETITE FRANCE

Rasai pengalaman berada di Perancis di Petite France yang terletak di Gapyeong. Taman tema yang dibangunkan dengan senibina Perancis ini didedikasikan kepada penulis terkemuka Perancis iaitu Saint Exupery. Anda berpeluang mengambil gambar dengan The Little Prince yang berada di beberapa lokasi sekitar taman tema ini.

Kawasan ini juga direka dengan seni berdasarkan pengembaraan The Little Prince menurut novel tersebut.  Terdapat pelbagai muzium, kafe, workshop dan guesthouse yang ditawarkan kepada pengunjung. Taman tema ini juga mengadakan beberapa persembahan sebagai tarikan seperti persembahan muzik orgel, pertunjukan boneka, dan tarian ‘marionette’.

Foto Kredit: english.visitkorea.or.kr

10. YONGPYONG SKI RESORT

Apabila berkunjung ke Korea pada musim sejuk, tak sahlah kalau tak mencuba aktiviti ski di Yongpyong Ski Resort. Ski Resort terkemuka ini merupakan tempat terbaik untuk pengalaman aktiviti ski pertama anda.

Ada jurulatih yang akan mengajar teknik berski dengan betul terutamanya cara untuk meluncur dan mengimbangkan badan. Setelah penat berski, anda boleh menikmati hidangan hangat di restoran yang disediakan dan boleh mencuba aktiviti lain seperti memanah, berenang, membeli-belah dan sebagainya.

tempat menarik di seoul

Foto Kredit: seoulkorea-tour.com

KOREA SELATAN BUKAN HANYA BAGI PEMINAT K-POP!

Korea Selatan bukan sahaja tempat bagi peminat Kpop, malah terdapat pelbagai tempat menarik dengan aktiviti unik yang pengunjung dapat alami. Malah, anda pasti tak puas melawati kota ini dalam 1 kali lawatan kerana ia menawarkan pengalaman yang berbeza-beza mengikut musim yang dikunjungi.

Selain kotanya yang tak pernah tidur dan penuh dengan kedai dan kafe yang menarik, Korea juga pasti menambat hati anda dengan keramahan penduduknya, teknologi canggih, pengangkutan yang efisyen, kebersihan bandarnya, serta pemandangannya semulajadi yang indah pada setiap musim yang berganti.

SHARE

10 COMMENTS

  1. I really love your blog.. Great colors & theme. Did you develop this site yourself?
    Please reply back as I’m attempting to create my very
    own blog and would love to find out where you got this from or exactly what the theme is
    called. Many thanks!

  2. I was curious if you ever thought of changing the structure of your site?

    Its very well written; I love what youve got to
    say. But maybe you could a little more in the way of content
    so people could connect with it better. Youve got an awful lot of text for only having 1 or 2 pictures.
    Maybe you could space it out better?

  3. This is really interesting, You are a very skilled blogger.
    I’ve joined your rss feed and look forward to seeking more of
    your excellent post. Also, I’ve shared your website in my social networks!

  4. I know this if off topic but I’m looking into starting my own weblog and was wondering what all is required to get set up?
    I’m assuming having a blog like yours would cost a pretty penny?

    I’m not very web smart so I’m not 100% positive. Any suggestions or advice would be greatly appreciated.
    Appreciate it

  5. I’m really inspired along with your writing abilities as smartly
    as with the format in your blog. Is that this a paid subject or did you customize it
    yourself? Either way stay up the nice quality writing,
    it is rare to peer a great weblog like this one nowadays..

  6. Hey there! I know this is kinda off topic but I was
    wondering which blog platform are you using for this website?
    I’m getting sick and tired of WordPress because I’ve had issues with hackers and I’m looking
    at alternatives for another platform. I would be fantastic if you
    could point me in the direction of a good platform.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here