5 Risiko Menanti Mereka Yang Selalu Skip Sarapan Pagi

1
634

Ramai yang tahu sarapan pagi tu penting untuk memulakan hari tetapi ramai juga yang mengabaikannya. Iyalah, waktu pagilah saat paling hectic, terkejar sana sini. Tetapi ada juga yang sengaja skip sarapan pagi kerana nak jaga badan. Buat apa nak makan kalau perut langsung tidak ‘berkeroncong’ sehingga waktu makan tengah hari, kan?

Rupa-rupanya skip sarapan ni tak baik untuk tubuh. Kami kongsikan 5 bahaya tindakan anda ni.

#1 Anda Berisiko Menghidap Diabetes

5 risiko menanti mereka yang selalu skip sarapan pagi

Skip sarapan pagi menyebabkan tolenrans glukosa di dalam badan terganggu. Lepas tu, bila dah lapar sangat, mulalah makan berkali ganda banyaknya waktu tengah hari.

#2 Metabolisme Badan Semakin Perlahan

Badan terpaksa bekerja lebih perlahan untuk menyimpan tenaga sementara menanti anda top up tenaga melalui makanan.

#3 Gula Dalam Darah Rendah

Sarapan pagi bantu mengembalikan paras glikogen dan stabilkan insulin. Mereka yang skip sarapan akan lebih mudah marah, lemah disebabkan lapar.

#4 Lebih Mudah Stress

Sarapan memberi kesan positif kepada hormon stress yang dinamakan kortisol. Kortisol memainkan peranan membantu badan menggunakan gula serta lemak untuk sumber tenaga serta mengawal tekanan.

#5 Risiko Serangan Jantung

Terlalu kerap skip sarapan menyebabkan berat badan anda semakin bertambah dan meningkatkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan peningkatan kolesterol.

Fuh! Nampak macam biasa-biasa je tetapi rupanya kesan skip sarapan pagi ni memang tak boleh dipandang remeh. Jangan gunakan alasan sibuk sehingga tidak sempat bersarapan sebagai alasan.

SHARE