5 Tips Membuatkan Senaman Anda Lebih Menarik

17
506

Rakyat Malaysia harus berdepan dengan dugaan dan cabaran seperti contoh adalah MAKANAN. Nikmat makanan yang ada di dalam negara ini membuatkan kita susah untuk menjaga kesihatan dan kestabilan berat badan. Malaysia juga tersenarai dalam beberapa negara yang dimana penduduknya mengalami masalah BERAT BADAN BERLEBIHAN ! Jadi marilah kita ambil langkah dengan bersenam untuk sihat !

Disini kami berikan tips agar senaman anda menjadi lebih berkesan dan menarik.

1) Berhenti memberi alasan

Perkara paling penting untuk menjadi sihat adalah berhenti memberi alasan. Secara tidak sedar, hidup kita sudah banyak dirosakkan dengan 1001 alasan untuk memulakan sesuatu yang sihat. Sebagai contoh jika anda ditanya, bila anda hendak memulakan rutin senaman, pasti terdengar jawapan seperti ‘nantilah’, ‘esoklah’, atau ‘mula minggu depanlah’. Alasan sebegini seolah-olah menipu diri anda sendiri kerana anda tidak berasa bersalah terhadap diri sendiri disebabkan alasan tersebut.

Tetapi tahukah anda bahawa suatu hari nanti anda akan menyesal dengan alasan dan sikap bertangguh-tangguh anda itu? Oleh itu, berhenti memberi alasan, dan mulakan rutin sihat untuk kebaikan yang tidak ternilai di kemudian hari.

2) Fleksibel

Anda tidak perlu melakukan semua jenis senaman dalam satu-satu masa untuk memperolehi hasil yang cepat. Sekiranya perlu, cuba bahagikannya kepada dua atau lebih banyak sesi untuk sepanjang hari. Dengan itu, ada akan mempunyai masa untuk merehatkan diri sendiri di samping melakukan aktiviti kecergasan.

3) Curi masa

Jika anda tidak mempunyai masa yang banyak untuk melakukan senaman disebabkan tuntutan kerja harian, anda bolehlah mencuri masa 20 minit setiap hari untuk bersenam. Itu pun sudah boleh memberi perbezaan yang besar berbanding jika anda tidak melakukannya langsung. Something is always better than nothing!

4) Jadikan rutin

Kesihatan yang baik adalah keperluan untuk hidup. Dengan memikirkan dan menetapkan bahawa bersenam adalah sesuatu rutin yang penting seperti rutin sihat yang lain, lama kelamaan secara automatik anda ingin melakukan senaman sama seperti rutin anda menggosok gigi. Sehari tak bersenam, gelisah satu badan!

5) Set gol anda

Apabila anda mula bersenam, memotivasikan diri adalah kunci untuk anda terus bersemnagat melakukannya. Tulis gol atau target anda dan lekatkannya di tempat yang anda mudah lihat.

 

Anda mesti boleh, jom bersenam !

SHARE