7 Khasiat Utama Buah Lemon Untuk Di Amalkan Dalam Pemakanan Sihat Seharian

19
510

Ramai yang fikir bahawa buah lemon tidak memiliki apa-apa melainkan hanya digunakan untuk hidangan air di restoran atau perisa yang digemari untuk hidangan pencuci mulut. Tapi, tahukah anda bahawa khasiat utama buah lemon ini sebenarnya kaya dengan vitamin C, antioksidan dan khasiat yang tinggi untuk kesihatan?

Ya benar. Buah lemon ini kaya dengan pelbagai khasiat termasuklah mengurangkan risiko batu karang dalam buah pinggang dan bahkan juga membunuh sel kanser tidak kira samada anda mengambilnya dalam bentuk air lemon, minyak pati lemon ataupun hanya makan begitu sahaja.

Selain itu, ia juga dapat digunakan tidak hanya sekadar untuk kegunaan di dapur sahaja. Lemon juga boleh digunakan untuk apa sahaja daripada untuk membersihkan perabot sehinggalah menjadikan rambut anda berkilat selain daripada meningkatkan kesihatan kepada kulit anda.

Sudah bersedia untuk mengetahui khasiat buah citrus ini? Teruskan membaca untuk mendapatkan senarai lengkap khasiat buah lemon dan kesan-kesan sampingannya.

Fakta Nutrisi Khasiat Utama Buah Lemon

Buah lemon sangat rendah dengan kalori namun mengandungi banyak serat dan vitamin C – ditambah pula dengan kandungan makronutrien yang lain. Sebiji buah lemon mengandungi kira-kira:

khasiat lemon 1

  • 24 kalori
  • 7.8 gram karbohidrat
  • 0.9 gram protein
  • 0.3 gram lemak
  • 2.4 gram serat
  • 44.5 milligram vitamin C (74 peratus DV)
  • 116 milligram kalium (3 peratus DV)
  • 0.5 milligram zat besi (3 peratus DV)
  • 0.1 milligram vitamin B6 (3 peratus DV)

Tambahan pula, buah lemon ini juga mengandungi sedikit thiamin, folat, asid pantotenik, kalsium, magnesium dan kuprum. Ramai orang sering menggunakan lemon untuk menyediakan air lemon. Jika anda menggunakan jus daripada separuh bahagian buahnya dan dicampur dengan air, segelas air lemon akan mengandungi kira-kira:

  • 6 kalori
  • 2 gram karbohidrat
  • 0.1 gram protein
  • 0 gram lemak
  • 0.1 gram serat
  • 10.8 milligram vitamin C (18 peratus DV)

Manakala, setiap gelas air lemon juga mengandungi sedikit kalium dan folat juga.

Khasiat Lemon

khasiat lemon 2

  1. Meningkatkan Keimunan
  2. Menyihatkan Jantung
  3. Membantu Melawan Kanser
  4. Mencegah Pembentukan Batu Karang
  5. Meningkatkan Penyerapan Zat Besi
  6. Meningkatkan Kesihatan Kulit
  7. Membantu Menurunkan Berat Badan

1. Meningkatkan Keimunan

Lemon merupakan sumber yang terbaik bagi vitamin C, sejenis nutrien yang penting di mana ia dikaitkan dengan kesihatan imun. Hakikatnya, terdapat persamaan antara kandungan vitamin C dalam lemon dan Oren. Bukan itu sahaja, buah lemon juga kaya dengan antioksidan yang dapat membantu melawan keradangan dan memperbaiki keimunan.

Dalam satu tinjauan dalam the Annals of Nutrition & Metabolism ada menyebutkan bahawa mendapatkan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengurangkan masalah jangkitan saluran pernafasan. Vitamin C juga boleh membantu mencegah malaria, sakit perut dan pneumonia selain daripada memberikan kesembuhan kepada mereka yang menghidap penyakit seperti ini.

Buah lemon juga kaya dengan antioksidan, yang mana dapat melindungi sel imun anda dengan cara meneutralkan bahan-bahan radikal bebas yang berbahaya dan memastikan tubuh badan anda kekal bebas daripada sebarang jangkitan yang disebabkan oleh bakteria atau virus.

Anda juga boleh meningkatkan sistem imun anda dengan mengamalkan makanan yang kaya dengan antibiotik, mengurangkan pengambilan makanan ringan dan proses selain daripada melakukan aktiviti fizikal.

2. Menyihatkan Jantung

Penyakit jantung merupakan penyebab utama kepada kematian di Amerika Syarikat dan dianggarkan sebanyak 92.1 juta orang Amerika menghidap penyakit ini. Salah satu khasiat lemon yang menakjubkan termasuklah keberkesanannya terhadap kesihatan jantung. Terima kasih kepada kandungan vitamin Cnya yang tinggi. Dengan beberapa hidangan buah yang masam ini setiap minggu boleh membantu anda mendapatkan jantung yang sihat dan kuat.

Bukan itu sahaja, satu kajian daripada the Harvard School of Public Health di Boston telah mengkaji diet yang mengandungi buah ini terhadap seramai 126, 399 orang dewasa untuk tempoh lapan sehingga 14 tahun. Hasilnya, bagi setiap hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran didapati dapat mengurangkan sebanyak 4% risiko penyakit jantung koronari. Apa yang menarik, sayur-sayuran berdaun hijau dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C seperti lemon ini telah memberikan kesan yang besar sekali.

Satu kajian lain yang telah diterbitkan di dalam the Journal of Nutrition and Metabolism pada tahun 214 telah mendapati amalan berjalan kaki dan makan buah lemon setiap hari dapat mengurangkan tekanan darah. Bagi mendapatkan kesihatan jantung yang terbaik termasuklah mempelbagaikan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet anda termasuklah lemon selain daripada pengamalan gaya hidup sihat.

3. Membantu Melawan Kanser

Lemon juga kaya dengan antioksidan dan bahan-bahan yang melawan kanser. Jadi tidak hairanlah mengapa terdapat beberapa kajian yang mendapati bahawa buah lemon ini berkesan bagi membunuh sel-sel kanser.

Dalam satu kajian tabung uji di Arab Saudi sebagai contoh telah menunjukkan bahawa ekstrak buah lemon dapat membantu membunuh sel kanser payu dara. Begitu juga kajian tabung uji yang lain pada tahun 2015 juga telah menunjukkan bahawa komponan dalam jus lemon ini telah berjaya menghalang pertumbuhan beberapa jenis sel kanser.

Lemon juga mengandungi bahan seperti hesperidin dan d-limonene yang mana kedua-duanya telah terbukti berupaya untuk mencegah pembentukan kanser. Terima kasih kepada semua bahan-bahan yang terkandung dalam buah lemon ini sehingga ia menjadi antara makanan yang membantu melawan kanser.

4. Mencegah Pembentukan Batu Karang

Sekiranya anda mengalami penyakit batu karang, dapatkan satu atau dua hidangan buah lemon ke dalam diet anda. Semua ini adalah disebabkan oleh buah lemon mengandungi asid sitrik yang mana boleh meningkatkan isipadu air kencing dan sekali gus membantu mencegah pembentukan batu karang.

Dalam satu kajian berskala kecil yang telah diterbitkan dalam the Journal of Urology di mana dalam satu rawatan kepada seramai 11 orang pesakit menggunakan terapi lemonade untuk tempoh masa hampir empat tahun. Para pengkaji telah mendapti bahawa pembentukan batu karang telah menurun dengan begitu signifikan sekali daripada purata satu batu karang setahu menurun kepada hanya 0.13 untuk tempoh setahun.

Satu kajian lain juga telah menunjukkan bahawa merawat batu karang menggunakan jus lemon juga mendapati peningkatan kepada paras citrat urin dan mengurangkan jumlah kalsium dalam air kencing. Hal ini menunjukkan bahawa jus lemon boleh berupaya untuk menjadi rawatan alternatif bagi melegakan simptom-simptom batu karang.

Selain itu, turut diperlukan juga anda untuk kekal hidrat, mengikuti diet yang berasaskan makanan tumbuhan dan mengambil makanan yang kaya dengan magnesium dalam deit harian anda.

5. Meningkatkan Penyerapan Zat Besi

Zat besi merupakan bahan mineral yang sangat penting kepada tubuh badan anda. Ia merupakan komponan utama kepada hemoglobin yang mana terkandung dlaam sel darah merah di mana ia membantu memberikan tubuh badan anda dengan oksigen yang diperlukan.

Terdapat banyak kumpulan mereka yang berisiko untuk menghidapi kekurangan zat besi. Mereka yang mengamalkan diet vegan dan vegeterian sebagai contoh mengambil sejenis zat besi yang tidak dapat diserap dengan baik oleh tubuh badan. Tambahan pula, golongan wanita yang sedang subur juga berada pada risiko yang tinggi disebabkan oleh banyak kehilangan darah melalui haid apabila kekurangan zat besi.

Vitamin C yang terkandung dalam lemon dapat membantu meningkatkan penyerapan zat besi bagi mencegah masalah seperti anemia. Satu kajian bahkan telah menunjukkan bahawa pengambilan 100 miligram vitamin C melalui pemakanan boleh meningkatkan penyerapan zat besi sebanyak 67%. Buah-buahan sitrus, beri dan brokoli antara makanan tambahan yang mengandungi vitamin C yang boleh anda ambil bagi meningkatkan penyerapan zat besi.

6. Meningkatkan Kesihatan Kulit

Buah lemon boleh bertindak sebagai makanan antipenuaan dan juga boleh membantu kulit anda untuk kekal sihat dan cerah. Semua ini adalah disebabkan kandungan antioksidannya. Antioksidan membantu melawan radikal bebas dan mencegah berlakunya kerosakan oksidatif yang mana semua itu dapat diperoleh melalui sapuan air limau pada kulit.

Pembentukan radikal bebas menjadi penyebab kepada proses penuaan. Kesannya ialah kedutan pada wajah, bintik-bintik penuaan, kekeringan kulit dan kulit menjadi kurang kenyal. Para pengkaji percaya bahawa antioksidan dapat menjadi satu cara yang berkesan untuk memperlahankan penuaan dan meningkatkan keishatan kulit.

Satu kajian di Turki mendapati bahawa pesakit yang mengalami masalah jerawat apabila diberikan rawatan menggunakan antioksidan didapati berkesan di samping diikuti dengan rawatan tradisional.

Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, anda boleh cuba sapukan jus lemon pada kulit anda atau mencampurkannya dengan produk penjagaan kulit kegemaran anda. Selain daripada lemon, bahan-bahan yang boleh dimasukkan ke dalam bahan-bahan pencagaan kulit semula jadi anda ialah minyak pokok teh, minyak kelapa dan avokado.

7. Meningkatkan Penurunan Berat Badan

Tinggalkan minuman soda atau jus anda dan gantikannya dengan air lemon sejuk sangat bagus untuk anda mengurangkan kalori tanpa perlu mengorbankan perasanya. Sebagai perbandingan, satu cawan jus oren mengandungi 112 kalori dan hampir 26 gram karbohidrat. Manakala, hanya terdapat enam kalori sahaja dalam air lemon tanpa gula. Ditambah dengan jumlah karbohidrat yang baik dalam jus lemon yang larut dalam air sehingga menjadikan hanya terdapat dua gram karbohidrat sahaja dalam air lemon tersebut dalam satu cawan.

Secara teorinya, sekiranya anda anda meninggalkan satu cawan jus atau soda dengan menggantikan keduanya dengan air lemon setiap hari untuk tempoh setahun, anda sebenarnya dapat mengelakkan hampir 39, 000 kalori. Hal ini bermakna anda mampu kehilangan sehingga 11 paun walaupun tanpa melakukan perubahan lain dalam diet anda.

Memandangkan lemon memiliki khasiat untuk menurunkan berat badan, maka ia seharusnya digabungkan bersama diet yang berkhasiat dan gaya hidup yang sihat bagi mendapatkan hasil yang benar-benar anda inginkan untuk menurunkan berat badan.

 

RUMUSAN

  • Lemon mengandungi kalori yang rendah namun kaya dengan vitamin C, antioksidan dan serat.
  • Ia memiliki pelbagai khasiat dan kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa ia dapat membantu meningkatkan keimunan, memelihara kesihatan jantung dan kulit, mengurangkan risiko batu karang, membantu melawan kanser, meningkatkan penyerapan zat besi dan membantu menurunkan berat badan.
  • Selain itu, buah sitrus ini juga boleh digunakan untuk pelbagai resipi dan juga untuk kegunaan di dapur.
  • Nikmati lemon secara sederhana sebagai sebahagian daripada diet sihat anda untuk mendapatkan khasiatnya yang unik ini.
SHARE

19 COMMENTS

  1. … [Trackback]

    […] Here you can find 78990 more Info to that Topic: mykebun.com/2018/07/13/7-khasiat-utama-buah-lemon-untuk-di-amalkan-dalam-pemakanan-sihat-seharian/ […]

  2. Hello there! This is my first visit to your blog!
    We are a team of volunteers and starting a new initiative in a community in the same
    niche. Your blog provided us valuable information to work
    on. You have done a marvellous job!

  3. Great post. I used to be checking constantly this blog
    and I am inspired! Extremely useful info particularly the remaining section 🙂 I handle such info much.
    I used to be seeking this certain information for
    a long time. Thank you and best of luck.

  4. I’m curious to find out what blog system you happen to be
    utilizing? I’m experiencing some small security issues with my latest website and I would like to find something more secure.
    Do you have any recommendations?

  5. I’m not sure where you’re getting your info, but good topic.
    I needs to spend some time learning much more or understanding
    more. Thanks for magnificent info I was looking for this information for my mission.

  6. Its like you read my mind! You seem to know a lot about this, like you wrote the book
    in it or something. I think that you can do with a few pics to drive the message home a little bit, but instead of
    that, this is wonderful blog. A fantastic read.
    I will certainly be back.

  7. … [Trackback]

    […] Here you can find 72917 additional Info to that Topic: mykebun.com/2018/07/13/7-khasiat-utama-buah-lemon-untuk-di-amalkan-dalam-pemakanan-sihat-seharian/ […]

  8. Thanks for ones marvelous posting! I certainly
    enjoyed reading it, you happen to be a great author.
    I will make sure to bookmark your blog and definitely will come
    back down the road. I want to encourage continue your great work, have a nice weekend!

  9. I’m extremely impressed together with your writing talents and also with the layout
    for your weblog. Is this a paid subject matter or did you customize it your self?
    Anyway keep up the nice quality writing, it’s uncommon to see a nice
    weblog like this one nowadays..

  10. I simply want to mention I am just all new to blogs and absolutely loved you’re web site. Most likely I’m planning to bookmark your website . You amazingly have perfect writings. Kudos for sharing with us your blog.

  11. hello!,I like your writing very a lot! percentage we keep up a correspondence more about your post on AOL? I require an expert on this house to solve my problem. May be that’s you! Taking a look forward to peer you.

  12. I think that everything posted was very reasonable.
    But, think on this, what if you composed a catchier
    title? I ain’t suggesting your information is not solid, however suppose you added a title
    that makes people desire more? I mean 7 Khasiat Utama Buah Lemon Untuk Di Amalkan Dalam Pemakanan Sihat Seharian | My Kebun is a
    little plain. You could look at Yahoo’s home page and watch how they write
    article headlines to get people interested.
    You might add a related video or a related picture or
    two to get people excited about everything’ve got to say.
    In my opinion, it could bring your website a little livelier.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here