Adakah Kuning Telur Berkhasiat? Fakta Nutrisi, Khasiat dan Risikonya

20
464

Anda mungkin sudah sedia maklum bahawa telur ayam merupakan sumber protein yang sangat baik. Di dalam telur ada terdapat kuning telur dan putih telur. Ia juga mengandungi kalori yang rendah dan purata setiap telur yang dimasak mengandungi kira-kira 72 kalori, bergantung kepada saiznya. Empat gram daripada lima gram setengah protein yang terkandung dalam telur adalah terkandung dalam telur putihnya.

Hal ini bermakna, kuning telur mengandungi protein lebih sedikit berbanding telur putih. Telur kuning juga mengandungi 55 kalori begitu juga dengan kolestrol. Disebabkan itulah ramai yang tidak mahu makan telur kuning disebabkan perkara ini.

Namun, adakah anda perlu makan kuning telur? Jawapannya ialah: Ya! Kuning telur  tersebut sebenarnya mengandungi banyak vitamin dan mineral yang penting serta sangat diperlukan untuk kesihatan anda. Telur kuning mengandungi lutein dan zeaxanthin yang sangat penting kepada mata anda. Telur kuning juga mengandungi choline, yang baik untuk otak dan saraf anda.

Kandungan Nutrisi Antara Kuning Telur  VS  Putih Telur

Sekiranya anda hanya makan putih telur, anda akan kekurangan sebahagian besar daripada nutrien telur. Berikut merupakan nutrien yang terkandung hanya dalam  kuning telur:

  • choline
  • Vitamin B-12
  • Vitamin D
  • vitamin A
  • Vitamin B-6
  • Zat Besi
  • Vitamin E
  • zink

Tambahan, bahan berikut merupakan nutiren tambahan yang terkandung dalam kuning telur:

  • Kalori yang mana diperlukan untuk tenaga.
  • folat
  • selenium
  • Fosforus
  • Asid lemak omega-3

Kuning telur bagi sebiji telur mengandungi kira-kira 1.5 hingga 2 gram protein. Kuning telur merupakan satu-satunya makanan yang mengandungi vitamin D semula jadi. Jika anda mementingkan protein, putih telur merupakan makanan yang terbaik. Anda boleh membeli telur baik dalam bentuk yang separa pecah dan juga yang telah dipasturkan dalam karton seperti yang dijual di kedai runcit.

Ada orang yang meletakkan telur mentah ke dalam smoothies. Putih telur pula mengandungi kira-kira 4 hingga 4.5 g protein dan hanya sekitar 17 kalori. Ia menjadikan putih telur ini sebahagian daripada makanan yang menyihatkan. Sungguhpun begitu, gabungan antara putih dan kuning telur menjadikan sebiji telur itu sebagai sumber nutrisi yang lengkap.

Kuning Telur dan Kolestrol

Anda mungkin pernah mendengar bahawa kuning telur mengandungi kolestrol yang tinggi. Ianya benar. Kuning telur daripada sebiji telur yang besar mengandungi kira-kira 185 mg kolestrol. Bagi mereka yang tidak menghadapi apa-apa masalah kesihatan kadang kala disarankan untuk mengambil tidak lebih daripada 300 mg kolestrol sehari.

Namun, bagi mereka yang menghidapi masalah seperti diabetes atau penyakit jantung, kadang kala disarankan untuk mengehadkan pengambilan harian kolestrol mereka supaya tidak lebih daripada 200 mg.

Kajian terkini mendapati bahawa kolestrol yang ada dalam badan kita sebenarnya dihasilkan oleh hati dan bukannya datang daripada kolestrol yang kita makan. Sebenarnya, lemak tepu dan lemak trans dalam diet kita yang meningkatkan paras kolestrol kita.

Kajian yang telah dilakukan beberapa tahun yang lalu telah berjaya mengubah kepercayaan lama yang mengatakan bahawa lemak tepu boleh menyebabkan masalah kardiovaskular bertambah teruk. Para doktor juga tidak menyarankan untuk kita menggantikan lemak tepu dengan karbohidrat proses dan karbohidrat kurang serat kerana hal ini akan lebih menyebabkan keadaan bertambah teruk.

Memandangkan sebiji telur yang besar mengandungi kira-kira 5 g lemak, kurang daripada 2 g dariapda kandungannya adalah dalam bentuk lemak tepu. Secara umumnya, kuning membekalkan kurang daripada 10% daripada jumlah peratusan lemak harian anda yang dicadangkan.

Sesetengah pakar percaya bahawa kebanyakan orang boleh mengambil makan sebiji telur tanpa perlu meningkatkan risiko mereka kepada serangan jantung atau penyakit kardiovaskular yang lain seperti angin ahmar. Sekiranya anda menghidapi penyakit jantung atau diabetes, anda masih lagi boleh makan kuning telur ini namun anda perlu mengehadkan hanya sebanyak tiga biji seminggu sebagaimana menurut the Harvard School of Public Health.

Satu sebab mengapa anda perlu mengehadkan pengambilan kuning telur ialah disebabkan oleh kandungan choline yang ada di dalamnya. Ia boleh meningkatkan kandungan bahan trimethylamine N-oxide (TMAO) yang mana diikuti dengan penyakit kanser, kerintanganan insulin, penyakit kardiovaskular, angin ahmar dan penyakit buah pinggang.

Memandangkan kajian berkenaan TMAO kian rancak dilakukan, kajian lain menunjukkan bahawa mereka yang menghidapi diabetes, makan banyak telur kira-kira enam biji telur seminggu tidak memberikan kesan kepada kandungan gula dalam darah bahkan boleh mengurangkan ukur lilit pinggang anda. Anda juga boleh campurkan kedua-dua kuning dan putih telur yang mana anda akan dapat menikmati kebaikan khasiat telur yang menyeluruh.

Kuning Telur Kelebihan VS Kekurangan

Terdapat banyak kebaikan dengan pengambilan kuning telur:

  • Mengandungi nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan.
  • Tidak Mahal.
  • Mudah untuk disediakan.
  • Mudah didapati di kebanyakan pasar raya dan ladang.

Sekiranya anda menyediakan sebiji telur, bermakna kuning dan putih telur samada secara separuh masak atau masak sepenuhnya, anda akan mendapatkan kuantiti kalori yang sama sebagaimana ia mentah. Namun, jika anda menggorang telur dengan mentega atau minyak, kandungannya akan berubah sama sekali.

Apa yang anda makan bersama telur, juga merupakan faktor yang mempengaruhi jumlah nutrisi yang terkandung di dalamnya. Ingat: sebenarnya lemak tepu dan lemak trans dalam diet anda yang menyumbang kepada paras kolestrol anda berbanding dengan kolestrol sebenar yang anda makan.

Makan telur dengan makanan berlemak yang lain seperti mentega atau keju adalah satu pilihan yang tidak bijak. Karbohidrat ringkas mungkin boleh bercantum dengan baik dengan telur. Namun, terlalu banyak roti putih atau gula juga menyumbang kepada risiko pembentukan penyakit jantung.

Selain itu, anda boleh cuba untuk makan telur separuh masak dengan sayur-sayuran celur atau panggang bersamanya. Salsa atau herba juga merupakan bahan tambahan yang terbaik. Sekiranya anda memikirkan dengan kuning telur dalam diet anda, minta nasihat doktor atau pakar diet anda berkenaan masalah kesihatan anda. Dalam masa yang sama, anda tidak perlu meninggalkan kuning telur dalam diet anda.

SHARE