BACA : Khasiat PEGAGA buat wanita !

6313
114434

Sejak dahulu lagi ulaman seperti pegaga sudah diamalkan oleh nenek moyang kita untuk menjaga kecantikan malah jua kesihatan diri. Walaubagaimanapun, amalan ini semakin dilupakan kerana masyarakat kini lebih tertarik dengan sumber makanan luar negara yang lebih popular dan mendapat liputan yang lebih meluas. Contohnya, dalam kehidupan harian  lebih gemar dengan sayuran seperti brokoli dan salad. Jika ingin mendapatkan sumber antioksida pula lebih gemar memilih buah seperti kranberi, strawberi dan anggur.

Image: vineveracosmetics.com

Jangan begini. Hal ini kerana sumber makanan kita tidak kurang hebatnya. Adakalanya ianya lebih bermanfaat dari sumber makanan dari luar negara. Contohnya pegaga atau nama saintifiknya Centella Asiatica telah mendapat perhatian kajian saintifik kerana manfaatnya. Dan Dr. Jamu percaya jika anda mengetahui sedikit sebanyak mengenai manfaat pegaga ini yang dibuktikan dengan kajian saintifiknya. Pastinya anda akan cuba mengamalkannya dalam kehidupan harian.

1. Kecantikan

Kredit: http://www.sickchirpse.com

Apa yang paling menariknya dengan pegaga bagi Dr. Jamu ialah kebolehanya meningkatkan penghasilan kolagen dalam badan [1-3]. Jika konsisten mengamalkanya, InsyaAllah akan melewatkan proses penuaan dan mengekalkan keremajaan kulit.  Malahan, pegaga juga kaya dengan antioksida seperti yang dapat menghalang kerosakan sel-sel kulit [4,5]. Jadi kulit anda semakin cantik dan hilang kusamnya.

2. Luka bersalin cepat sembuh

Dr. Jamu tidak mengalami masalah besar ketika berpantang. Luka pun cepat sembuh dan rahim juga, cepat kecut.  Salah satu cara yang Dr. Jamu amalkan ialah minum air pegaga atau pegaga dibuat sebagai ulaman. Ini dibuktikan melalui  kajian yang juga menunjukkan pegaga mampu mempercepatkan penyembuhan luka dan ulser [6,7].

3. Tingkatkan Hb darah

Kredit: momjunction.com

Pegaga sesuai di amalkan oleh ibu hamil yang mengalami masalah Hb yang rendah. Ini kerana bukan sahaja pegaga kaya dengan zat besi, dimana penting untuk membentuk sel darah merah. Ianya juga kaya dengan vitamin C yang dapat berfungsi membantu penyerapan zat besi dalam badan [8]. Malah pegaga juga disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk diamalkan bagi mengelakkan anemia di kalangan ibu hamil [9].

4. Kesihatan mata

Pegaga juga kaya dengan phytonutrient seperti carotene, lutein, neoxanthin dan zeazanthin. Di mana akan mengelakkan sel mata anda dari rosak lebih-lebih lagi yang disebabkan oleh penuaan [10].

5. Elakkan tumor dan kanser

Kajian juga menunjukkan pegaga boleh bertindak untuk mengelakkan tumor dan kanser [11,12]. Bagi Dr. Jamu tidak rugi jika anda, mengamalkan pengambilan pegaga ini. Ini adalah salah satu usaha untuk kita mengelak daripada terkena tumor dan kanser . Tambahan pula makin ramai wanita yang muda-muda lagi, sudah terkena cyst/ fibroid (ketumbuhan) terutamanya di kawasan sekitar vagina.

6. Untuk minda dan ingatan

Menurut kajian pegaga juga boleh menambah daya ingatan dan dapat meningkatkan aktiviti intelektual anda [13,14]. Ini penting untuk Dr. Jamu juga untuk lebih berdisplin mengamalkan pengambilan pegaga.  Dr. Jamu sendiri pun, apabila semakin meningkat umur (walaupun tak lah tua mana). Lagi- lagi selepas mempunyai anak dan banyak komitmen perlu dilakukan. Rasa diri semakin, cepat lupa dengan ilmu yang baru dipelajari. Kadang-kadang kerja  pun ambil masa untuk berfikir. Nak buat artikel ilmiah pun terkedek-kedek.

7. Sumber Kalsium

Jika sebelum ini, selalunya kita hanya memikirkan susu sebagai sumber kalsium yang utama. Kini tidak lagi. Pegaga juga boleh memberi sumber kalsium untuk anda [15]. Apa yang lebih menarik sumber kalsium ini boleh dikatakan lebih murah daripada susu. Sumber kalsium ini,  penting bagi wanita untuk mengelakkan osteoporosis.  Jadi tidak heran lah jika pegaga sering diberi kepada kanak-kanak di negara kurang membangun untuk mengelakkan kekurangan nutrisi [16].

SHARE