Cara kuruskan badan dengan cepat- Turun 3 kg dalam masa seminggu

202
1925

Pernahkah anda merasa terlalu sukar untuk menguruskan badan dan kadang kala hampir berputus asa untuk meneruskannya? Jangan berputus asa lagi, Dr. Jamu akan berkongsi tips untuk anda cara kuruskan badan dengan cepat untuk turun 3 kg dalam masa seminggu. Walaupun Dr. Jamu tidak mempunyai masalah berat badan tetapi masih akan mengikutinya jika berat badan sudah melebihi 3 kg daripada berat yang Dr. Jamu tetapkan ( yang Dr. Jamu perasan cantik).  Cuba lah dahulu cara ini, Dr. Jamu percaya sedikit sebanyak ianya dapat membantu anda menguruskan berat badan.

1. Minum air kosong secukupnya

Minum air kosong dengan kerap untuk mengelakkan anda berasa lapar dan penat. Sarankan anda mengambil sekurang-kurangnya 2 liter air kosong sehari supaya badan tidak terasa lemah dan tidak bermaya. Air kosong juga akan membantu anda mendapatkan kulit yang lembap dan cantik.

2. Amalkan minuman detox dan jus sayuran 

Anda juga boleh menggantikan air kosong dengan air detox atau sayuran. Yang penting ianya tanpa gula dan minum secukupnya. Minuman detox seperti teh hijau boleh membantu anda menguruskan badan kerana teh hijau boleh bertindak sebagai anti-diabetik dan anti-obesiti [1,2]. Jus sayuran seperti pegaga dan tomato juga,  boleh membantu memberi kesegaran dan mengelak badan kekurangan zat kerana berdiet. Malah jus sayuran juga dapat menjaga kecantikan kulit anda.

2. Elakkan minuman bergula

Kalau boleh, jangan ambil sebarang minuman bergula untuk memastikan diet anda berjaya. Elakkan juga minuman seperti milo, ovaltine ataupun minuman berasaskan susu. Walaupun anda tidak meletakkan sebarang gula apabila menyediakannya. Senang cerita, minum sahaja air kosong ataupun air detox dan sayuran.

3. Hanya nasi sebagai sumber karbohidrat

Sarankan anda hanya mengambil 2 kali hidangan nasi, iaitu makan tengah hari dan petang. Kuantitinya pula hanya segenggam nasi sekali hidangan. Elakkan makanan lain yang mengandungi karbohidrat seperti gula (sudah pasti) dan segala jenis sos dan kicap. Makanan berasaskan tepung juga perlu dijauhi seperti mee, kuih -muih, segala jenis biskut dan kek. Elakkan juga sayuran berfiber dan berkabohidrat tinggi seperti kentang, lobak, tomato. Malah buah-buahan juga perlu dielakkan kerana masih mengandungi gula dan karbohidrat. Oleh itu perbanyakan sayuran hijau  dan ulam-ulaman untuk mendapatkan khasiat secukupnya. Contohnya jika ingin mendapatkan vitamin C, anda boleh menggantikan buah oren dengan pegaga. Hal ini kerana pegaga juga kaya dengan vitamin C.

4. Kunyah dengan lebih perlahan

Kunyah dengan perlahan sebenarnya membuat anda kenyang tanpa perlu makan dengan banyak. Hal ini sangat penting untuk diamalkan kerana apabila berdiet kita perlu mengurangkan kuantiti makanan yang diambil. Jadi kunyah dengan perlahan dapat membantu anda untuk mengelakkan rasa tidak puas ataupun tidak kenyang. Yang pentingnya jangan biarkan diri lapar, kerana selalunya diri akan cenderung untuk makan dengan laju dan banyak apabila kelaparan.

5. Elakkan daripada berlapar

Elakkan daripada menahan lapar dan skip makan, untuk mengelakkan daripada metabolisma badan menurun. Kesan negatif apabila metabolisma badan menurun ialah susah untuk menurunkan berat badan walaupun anda seharian tidak makan. Jadi makan dengan kerap dengan kuantiti yang sedikit. Jadikan makanan berasaskan protein sebagai snack anda.

6. Bergerak aktif selepas makan

Bergerak aktif selepas makan dapat membantu meningkatkan metabolisma badan. Hal ini kerana kita memberi signal kepada badan, bahawa makanan yang diambil untuk digunakan bukan untuk disimpan. Sekurang-kurangnya berjalanlah 30 langkah selepas makan, jangan duduk di kerusi sahaja.

7. Bersenam

Dr. Jamu tidaklah rajin mana untuk bersenam, tetapi masih melakukanya sekurangnya 15 minit sehari. Senaman yang Dr. Jamu pilih lebih fokus kepada bahagian badan yang menpunyai lemak berlebihan. Contohnya di bahagian peha dan pinggul. Jika anda dapat meluangkan lebih masa untuk bersenam, pastinya ianya akan lebih membantu untuk mendapatkan ukuran tubuh yang diingini. Jika anda tidak rajin bersenam, sekurang-kurangnya bergerak dengan aktif. Contohnya memilih menggunakan lif daripada tangga dan sebagainya.

8. Diet bermula hari ini, bukan hari esok

Kebanyakkan mereka yang berniat berdiet akan berikrar mulakan diet pada hari esok dan selalunya akan makan dengan sepuasnya pada hari ini. Namun masalahnya ialah permulaan dietnya sentiasa hari esok. Tanpa disedari mungkin sudah bertahun hari esoknya. Jadi jangan berlengah lagi, diet anda bermula pada hari ini.

SHARE