Cara Mengatasi Bengkak Tonsil Yang Sering Berlaku dan Sangat Menyakitkan !

270
4042

Ia merupakan masalah paling biasa yang semua orang mungkin pernah alami. Cuma kadang-kadang ia boleh membawa risiko yang lebih serius jika tidak ditangani dengan baik.

Masalah bengkak tonsil kebiasaannya mudah terjadi pada fasa pertumbuhan awal zaman kanak-kanak, namun tidak ketinggalan juga ia  boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuk golongan dewasa.

Sebelum kita pergi lebih jauh, saya ingin berkongsi dengan anda dahulu beberapa ilmu penting tentang tonsil, tonsillitis, penyebab, gejala dan komplikasi yang boleh terjadi disebabkan bengkak tonsil ini.

Apa itu tonsil dan tonsilitis

Apa Itu Tonsil?

Tonsil terdiri daripada sekumpulan kelenjar atau tisu limfoid yang berperanan membantu sistem pertahanan tubuh (sistem imun) untuk melawan serangan penyakit. Tonsil terletak di dalam bahagian rongga mulut.

Fungsi utama tonsil adalah untuk menapis serta memerangkap sebarang jenis bakteria atau virus yang masuk ke dalam rongga mulut melalui aktiviti pernafasan atau pemakanan.

Gambar menunjukkan gambar tonsil yang kadang-kadang tumbuh keputihan (bintik putih) seperti nanah pada tonsil.

Tonsil dan Tonsilitis

Cara Mengatasi Radang Tonsil

Ada beberapa kaedah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah tonsilitis. Antaranya:

  1. Tanpa rawatan – Pilihan untuk jangkitan tonsil yang ringan dan akan sembuh dalam beberapa ketika.
  2. Minum air dengan banyak – Memang sukar untuk menelan jika mengalami masalah bengkak tonsil yang agak serius. Namun, air yang banyak amat membantu tubuh untuk mengekalkan hidrasi tubuh. Lebih-lebih lagi apabila mengalami demam pada suhu tinggi. Kekurangan air akan menyebabkan tubuh mengalami kehilangan air, sakit kepala, keletihan dan simptom-simptom lain yang lebih buruk.
  3. Guna ubat kumur, lozenge atau spray tekak – Juga mudah didapati di farmasi dan berfungsi untuk melegakan ketidakselesaan tekak akibat simptom atau kesan tonsilitis.
  4. Antibiotik – Antibiotik hanya sesuai digunakan untuk membunuh bakteria penyebab jangkitan tonsilitis. Ia tidak berkesan terhadap jangkitan melibatkan virus.  Pengunaanya memerlukan nasihat dan pemerhatian doktor kerana boleh menyebabkan kesan sampingan seperti cirit-birit, sakit perut dan sebaganya. Biasanya antibiotik diberi jika tanda-tanda jangkitan semakin kronik, tonsilitis lambat sembuh walaupun setelah beberapa hari atau pesakit mengalami masalah imun sistem yang lemah.
  5. Pembedahan tonsil (tonsillectomy) – Ia diambil sebagai jalan akhir jika tonsilitis berlaku pembengkakan serius, menutup saluran pernafasan, bernanah yang banyak atau berlaku dengan kerap berulangan sepanjang tahun.
  6. Kaedah rawatan alternatif – Terdapat banyak kaedah rawatan alternatif untuk membantu mencegah tonsilitis daripada menjadi semakin serius terutamanya pada peringkat awal atau mengawal simptom-simptom ringannya. Penggunaan herba atau bahan-bahan semulajadi seperti madu, garam, bawang putih, limau, kunyit, halba dan sebagainya boleh dijadikan sebagai penawar.
  7. Penggunaan ubat paracetamol atau ibuprofen – Digunakan untuk meredakan kesakitan, sakit kepala dan demam. Mudah didapati di farmasi atau klinik kesihatan tetapi memerlukan nasihat dan preskripsi doktor sebelum penggunaan.Sumber : https://yourfabulousmama.net/cara-mengatasi-bengkak-tonsil/

Semoga bermanfaat !

SHARE