Fakta Menarik Tentang Pokok Tebu (Saccharum officinarum)

178
3250

TEBU. Juga dikenali sebagai Saccharum officinarum, tumbuh dalam rumpun yang terdiri daripada beberapa beberapa batang pohon yang kuat. Satu rangkaian rizom pokok tebu mampu membentuk jaringan bawah tanah yang banyak. Akar utama pokok tebu boleh tumbuh sehingga 6 meter daripada aras permukaan tanah dan pucuknya boleh tumbuh tinggi sehingga 5 m (16 kaki). Terdapat pelbagai spesis pokok tebu yang boleh kita beza melalui warna seperti, hijau, merah jambu, atau ungu. Kebiasaannya, pokok tebu dituai sebelum berbunga, kerana proses berbunga menyebabkan pengurangan kandungan gula dalam sap tebu.

Source : www.yara.co.ke/crop-nutrition

Anda sedia maklum bahawa faktor utama pokok tebu ditanam secara komersil adalah untuk proses pengekstrakan gula. Akan tetapi ramai yang masih kurang tahu tentang khasiat lain yang terdapat dalam jus tebu. Oleh kerana akar pokok tebu mampu tumbuh dengan dalam, maka sudah tentu banyak khasiat-khasiat yang lain yang diserap oleh pokok tebu. Tapi khasiat dan kebaikkan tersebut tidak dimanfaatkan semasa proses pengekstrakkan gula terutamanya zat-zat mineral yang penting untuk kesihatan badan kita.

Mari kita lihat telebih dahulu ciri-ciri tumbuhan ini.

Nama Saintifik – Saccharum officinarum (keluarga Poaceae)
Negara Asal – Papua New Guinea
Nama lain – Ganna (Hindi), Karumbu (Tamil), Karibpu (Malayalam), Cheruku (Telugu)

Tahukah anda bahawa tebu adalah sebahagian daripada keluarga tumbuhan rumput? Ya, jelas kita dapat perhatikan bahawa tebu mempunyai ciri-ciri daun yang hampir serupa dengan rumput. Ianya boleh didapati dengan harga yang murah dan ditanam secara berleluasa terutamanya di negera-negara Asia dan Amerika Syarikat walaupun pada mulanya berasal daripada Papua New Guinea.

Antara fakta-fakta menarik pokok tebu adalah seperti berikut.

  • Pokok tebu tidak mempunyai lemak. Ia mempunyai kira-kira 30 gram gula semula jadi dan anda tidak perlu menambah gula tambahan untuk kemanisan.
  • Ia merupakan tumbuhan rumput saccharum genus dan terdapat 36 jenis yang berbeza.
  • Pada 1493, Christopher Columbus telah membawa pokok tebu untuk ditanam di kepulauan Carribean dan sejak itu penanaman tebu mula tersebar ke seluruh dunia.
  • Pokok tebu mengambil masa selama 9-24 bulan untuk matang, (bergantung kepada iklim)
  • Gula yang diekstrak daripada air tebu mengandungi hanya 15 kalori.
  • Jus tebu adalah campuran sukrosa, fruktosa, dan pelbagai jenis glukosa lain.
  • Satu hidangan 8 auns jus tebu tanpa sebarang tambahan membawa sejumlah 180 kalori.
  • Jus tebu mentah mengandungi sejumlah 13 gram serat bagi setiap hidangan, dan serat ini penting dalam membantu banyak fungsi dalaman badan kita.

Sumber : medinacare.my

SHARE