Rekabentuk Landskap Halaman Rumah dan Cara Penggunaan Pokok

30
1754

Sedikit penerangan mengenai rekabentuk landskap halaman rumah dan cara penggunaan pokok untuk salah satu projek oleh Team Landskap Sinar.

REKABENTUK LANDSKAP HALAMAN RUMAH

Rekabentuk Landskap Halaman - stepping stone

Rekabentuk Landskap Halaman - stepping stone2

Batu loncatan terapong menggunakan ‘pebble wash’ membuat anda terasa seolah-olah berada di atas pulau semasa duduk di atas wakaf. ‘Pebble wash’ adalah batu semula jadi dan ianya membuat elemen kelihatan lebih lembut dan asli.

Rekabentuk Landskap halaman ruamh - Akar cissus

Kerusi panjang menggantikan pagar musang membuat anjung anda kemas kerana tidak perlu meletak kerusi lain lagi, menjadikan keseluruhan kawasan lapang tempat anak anda bermain.

Rekabentuk Landskap Halaman Rumah - Tunera

Pokok tunera digunakan di sebahagian lorong kereta untuk melembutkan dan menyatukan elemen lorong kereta dan longkang jepun , pokok ini cepat membesar dan selalu kena gunting.

Rekabentuk landskap halaman rumah - Livistona rotundifolia

Pokok serdang yang melambai digunakan untuk ‘effect’ selamat datang dipintu pagar utama. Ianya juga berfungsi untuk menyatu dua elemen asing yaitu pokok pokok besar di luar pagar dan halaman kediaman. Anak-anak bukit yang landai membuat kawasan kecil nampak lebih besar.

Rekabentuk landskap halaman rumah - Bucida spp.

Pemilihan jenis pokok yang sesuai dengan halaman rumah anda adalah sangat penting kerana ada pokok yang boleh menjadi terlampau besar dan ada juga pokok yang akarnya boleh merosakan rumah anda.

Di sini pokok Bucida telah digunakan untuk halaman yang sederhana besarnya. Pokok adalah disyorkan di tanam dalam kumpulan dua atau tiga pokok untuk lebih berkesan, melainkan menanam pokok ‘specimen’, maka tanam satu pokok sahaja.

Jangan tanam pokok berbaris macam ladang getah, ianya membuat taman anda menjadi keras dan menimbulkan rasa tegang kepada penghuni rumah. Rumah anda bukannya pejabat yang perlu menunjukkan bahawa ianya tempat rasmi dan tegas.

rekabentuk landskap halaman rumah - composition 3_JPG

Pokok berbunga menambah seri halaman anda.

Rekabentuk landskap halaman rumah - Composition 1

Mengatur dan mengolah penanaman mengikut, saiz, bentuk, warna,’texture’, kepadatan daun akan membuat halaman anda lebih menarik.

rekabentuk landskap halaman rumah - composition 2

Kami selalu menasihatkan tuan rumah agar tidak membina kakilima disekeliling rumah kerana ianya akan jadi tempat debu singgah dan buat rumah anda menjadi keras.

Penanaman pokok renik seperti Crossandra infundibuliformis yang berbunga sepanjang tahun dan pokok ini tidak perlu banyak cahaya matahari. Pokok Rhapis dan yucca digunakan untuk mendakap tiang.

rekabentuk landskap halaman rumah - longkang jepun

Longkang jepun adalah satu pilihan baik untuk rumah anda kerana ianya lebih cantik, sampah tidak boleh menyumbatnya, nyamuk tidak boleh membiak, dan anak anda tidak jatuh kedalamnya.

Apa yang kelihatan cuma batu sungai dipermukaan atas yang anda boleh berjalan diatasnya dan anda tidak lagi mempunyai longkang kotor, jeriji penutup longkang dan yang penting anda tidak perlu lagi mencuci longkang setiap hujung minggu.

Longkang jepun kosnya lebih tinggi daripada longkang biasa tetapi banyak baiknya, pokoknya terpulanglah kepada anda untuk memilih.

PENAPIS BIO UNTUK KOLAM IKAN

rekabentuk landskap halaman rumah - penapis bio

Penapis bio membuat kolam ikan anda senang diselenggara, air lebih jernih dan anda tidak perlu menukar airnya.

Anda cuma perlu menyauk keluar sampah terapung dan ‘flush’ air kotor dari penapis pasir seminggu sekali. Pusing saja pemutar penapis anda kepada tanda ‘backwash’, selepas 15 minit kerja sudah selesai secara otomatik.

rekabentuk landskap halaman rumah - kolam di wakaf

Pokok pokok berdaun besar adalah disyorkan ditanam di sekeliling kolam anda, agar kerja mencantas dan membuang daun mati menjadi lebih senang dan kolam anda tidak kotor dan dipenuhi daun yang luruh

rekabentuk landskap halaman rumah anda - pokok di wakaf

Pemilihan pokok untuk kolam anda sangatlah penting untuk mengelak terlalu banyak cahaya matahari masuk ke kolam anda dan menyebabkan tumbuhnya ‘algae’.

Pokok pokok palma besar telah di tanam di sekeliling kolam untuk mengurangkan cahaya matahari masuk ke kolam, oleh itu memilih pokok renek dan penutup bumi yang sesuai dengan suasana kurang cahaya matahari perlu penelitian.

Pokok Costus spicatus dengan bunganya yang berwarna merah sangat sesuai dengan suasana seperti ini.

Pokok Oxmoxyllum berdaun kuning juga sesuai dengan tempat yang mempunyai kurang cahaya matahari; oleh itu mencari pokok renek yang sesuai dengan keadaan yang kurang cahaya matahari adalah penting.

rekabentuk landskap halaman rumah - Tangga batu

Batu semula jadi tidak berpotong digunakan untuk pembenaan tangga ke wakaf. Batu asli membuat halaman anda lebih sejuk dan lembut berbanding dengan mengunakan jubin atau batu berpotong.

rekabentuk landskap halaman rumah - Pandan

Pokok pandan wangi sesuai ditanam ditepi kolam dan akarnya akan menjalar kedalam kolam dan menolong menyedut nitrates dari air kolam yang mengalakan tumbuhnya lumut terapung atau ‘algae’ dan membuat kolam anda berbau busuk dan berwarna hijau.

rekabentuk landskap halaman rumah - monstera deliciosa

Pokok Monstera juga suka ditanam ditepi air dan akarnya yang masuk kekolam akan menyedut nitrates.

Najis ikan, makanan ikan yang terlebih,bangkai hidupan air, daun dan ranting pokok akan mengeluarkan ammonia(NH3/NH4), bakteria didalam penapis bio akan menukarnya menjadi Nitrites(NO2).

Nitrites adalah toksik kepada ikan dan bakteria yang lain akan menukanya pula menjadi Nitrates(NO3), Nitrates ialah baja yang boleh disedut dan digunakan untuk pokok.

rekabentuk landskap halaman rumah - pokok sudut kolam

Pokok spathyphyllum sangat sesuai untuk tanaman tepi kolam kerana daunnya yang lebar dan hijau gelap menampilkan kekayaan hutan tropika kepada kolam anda.

Pokok paku gajah akan memberi rasa ketenangan seolah olah anda berada ditepi air terjun didalam hutan.

rekabentuk landskap halaman rumah - cissus

Pokok Cissus nodosa yang menurunkan beribu akar telah ditanam untuk memanjat pargola dan akarnya menjalar mencecah air dan menyeduk nitrates daripadanya. Pergola di bina untuk mengurangkan cahaya matahari sampai ke kolam dan mengurangkan ‘algae’.

Updated:

Penapis bio telah digunakan dan airnya masih jernih walaupun tidak pernah ditukar sejak siap dibina 2 tahun lalu. Boleh hubungi kami untuk mendapatkan penapis ini dan khidmat nasihat tentang penjagaan kolam.

Diharap dapat memberikan sedikit inspirasi bagi anda untuk menghias landskap di rumah anda.

Sumber : http://www.landskapsinar.com/

SHARE