Tempat-Tempat Menarik di Turki

155
2379

ISTANBUL

istanbul-blue-mosque-2Blue Mosque

Masjid Sultan Ahmed atau lebih dikenali dengan nama Masjid Biru (Blue Mosque) kerana rekaan dalamannya yang berwarna biru dan sangat cantik. Atas perintah Yang Mulia Baginda Sultan Ahmed I, ia telah dibina antara tahun 1609 -1616 berhadapan Hagia Sophia, untuk bersaing dengannya.

 

istanbul-hagia-sophia-3

Hagia Sophia

Hagia Sophia, salah satu keajaiban sejarah seni bina yang masih kekal sehingga hari ini. Ia bermula sebagai sebuah gereja, kemudian menjadi masjid, dan hari ini berfungsi sebagai sebuah muzium di Istanbul. Hagia Sophia telah direka dengan kubah yang sangat besar, dan dikatakan telah mengubah sejarah seni bina.

 

istanbul-topkapi-palace-6

Topkapi Palace

Istana Topkapi telah dibina pada tahun 1459 atas perintah Sultan Mehmed II. Ia merupakan tempat tinggal Khalifah Ottoman selama hampir 400 tahun. Istana ini dijadikan muzium pada tahun 1985 dan merupakan salah satu World Heritage Site yang di iktiraf oleh UNESCO.

 

istanbul-dolmabahce-1

Dolmabahce

Istana Dolmabahce mula digunakan sejak tahun 1856 dan menjadi tempat tinggal sultan-sultan setelah berpindah dari Istana Topkapi. Istana ini menyaksikan tempat jatuhnya kerajaan Khalifah Turki Othmaniyah pada tahun 1924. Sultan terakhir yang tinggal di istana ini adalah Sultan Abdul Mecid Effendi.

Kemudian, ia telah digunakan oleh Mustafa Kamal Attaturk selaku presiden pertama Republik Turki dan kali terakhir ia digunakan adalah pada saat merawat Mustafa Kamal Attaturk yang sedang nazak hinggalah kematiannya pada 10 November tahun 1938. Kini ia hanyalah sekadar sebuah muzium sejak dari tahun 1984.

 

istanbul-grand-bazaar

Grand Bazaar

Grand Bazaar telah dibina sejak 1461 dan merupakan salah satu pasar tertua yang terbesar di dunia. Ia mempunyai lebih dari 4,000 kedai dan 61 jalan yang bertutup. Tempat ini akan dikunjungi lebih dari 300,000 pengunjung pada setiap hari. Pada tahun 2014, ia telah disenaraikan antara tempat tarikan pelancong yang paling dikunjungi di dunia dengan jumlah pengunjung tahunan seramai 91,250,000 orang. Grand Bazar di Istanbul juga sering dianggap sebagai salah satu pusat membeli-belah utama di dunia.

 

istanbul-bosphorus-cruise-5

Bosphorus Cruise

Menaiki ‘Cruise’ Bosphorus adalah salah satu cara terbaik untuk menikmati keindahan panorama Istanbul. Dari Bosphorus, anda boleh menikmati seluruh bandar dari sudut pandangan yang baru dan juga dapat menikmati keindahan pemandangan yang menarik.

BURSA

bursa-ulucami-2

Grand Mosque

Grand Mosque (Ulu Camii) adalah masjid terbesar di Bursa. Ia telah dibina oleh oleh arkitek Ali Neccar atas perintah Sultan Beyazit 1 selepas kejayaannya menakluki Macedonia iaitu antara tahun 1396 dan 1399.

 

bursa-kozahan-silk-bazaar-3

Silk Market (Kozahan)

Silk Market terletak bersebelahan dengan Grand Mosque dan turut dikenali sebagai Kozahan yang bermaksud Pasar Sutera. Di sini, para pengunjung bukan sahaja dapat membeli pelbagai jenis kain dan pakaian sutera malah dapat menikmati keindahan struktur bangunan yang sememangnya menjadi destinasi pilihan para jurugambar.

 

bursa-winter

Uludag Mountain

Gunung Uludag merupakan kawasan pelancongan musim sejuk yang terkenal di Bursa. Ia adalah pusat ski kegemaran ramai pemain ski dari seluruh Mediteranian. Di sini juga anda dapat menikmati pemandangan yang cantik di samping berpeluang untuk belajar bermain ski.  Setiap hari di musim panas, terdapat ramai pengunjung mengadakan aktiviti ‘jungle tracking’, berkelah dan berkhemah.

CANAKKALE – KUSADASI

canakkale-troy

Troy-Trojan

Troy merupakan sebuah kota kuno dalam kitab Iliad, epik terkenal karangan penyair Yunani kuno Homer.
Kota dan peradaban ini pernah dianggap sebagai mitos dan khayalan semata-mata. Namun pandangan tersebut telah dinafikan oleh seorang cendekiawan Inggeris, Charles McClaren, pada tahun 1822 kerana beliau berpendapat bahawa Troy yang dimaksud Homer kemungkinan besar berada di Turki.
Beliau telah menunjukkan sebuah kawasan luas yang disebut Hisarlik berdekatan Dardanella, iaitu sebuah kawasan di laut yang sempit menghubungkan Laut hitam dan Aegea.Setelah itu seorang arkeologi Jerman,Heinrich Schiliemann, telah memulakan penggalian di kawasan tersebut di Hisarlik pada tahun 1871.
Pada tahun 1873, Schliemann berhasil menemukan sisa-sisa sebuah kota yang sangat kuno yang ia percayai sebagai runtuhan peradaban Troy.

 

kusadasi-pergamon-large-size

Pergamon Ancient City

Di sinilah terletaknya runtuhan kota bernama Acropolis.  Di Akropolis ini terdapat banyak peninggalan-peninggalan masa lampau seperti The Altar of Zeus, The Sanctuary of Athena dan Temple of Trajan.

PAMUKKALE

Cotton Castle

Pamukkale juga terkenal kerana Cotton Castle atau Istana Kapas. Cotton Castle ini bukanlah sebuah istana raja, sebaliknya sebuah kolam air panas yang cukup indah yang terjadi dari letupan gunung berapi. Ia terletak di atas sebuah bukit setinggi 100 meter dan dari atasnya mengalir air panas yang membentuk teres-teres yang sangat cantik.

 

Ephesus Ancient City

Ephesus ini merupakan salah satu dari 7 keajaiban kuno dan di sini anda dapat melihat perpustakaan kuno yang bernama Library of Celcius. Di sini juga terdapat peninggalan-peninggalan berupa bangunan dengan ukiran dewa-dewi Yunani kuno dan sebuah coliseum atau stadium tua berkapasiti 25,000 orang.

KONYA

konya-dance

Melvana Museum

Muzium, Masjid dan Makam ahli sufi terkenal, Maulana Jalaluddin Ar-Rumi atau lebih dikenali sebagai Mevlana Rumi. Beliau merupakan pengasas ajaran Tarikat Mawlawiyah dan terkenal dengan kepakarannya berpuisi. Maulana Jalaluddin Ar-Rumi meninggalkan banyak karya yang sebahagian besarnya bertemakan ketuhanan dan tasawuf. Di sini juga anda berpeluang untuk melihat tarian sufi yang dinamakan ‘Dervish Dance’ iaitu sebuah tarian yang dikatakan lambang keikhlasan seorang manusia sebagai mahluk ciptaan Tuhan dan bagaimana seorang manusia berputar melawan jarum jam sambil melafazkan zikir untuk mencapai kesempurnaan dalam setiap doa yang dilafazkan didalam hati dan fikirannya.

Sumber : http://jomjourney.com

SHARE