11 Masakan Thai Yang ‘Simple’ & Sedap, Khas Bagi Penggemar Masakan Thai

187
2194
  • 1. Tom Yam Campur

    • Resipi ini sesuai untuk anda yang gilakan masakan yang pedas dan berkuah. Hidangan Tom Yam Campur ini sangat enak apabila dilengkapkan dengan telur dadar dan nasi putih. Buat ni untuk makan malam pun sedap jugak!

      Dapatkan resipi penuh Tom Yam campur di sini.

  • 2. Tom Yam Santan

    • Yang sukakan Tom Yam berkuah santan pula, anda boleh cuba resipi ini. Dengan Tom Yam yang berlemak dan pedas dan dicampur seafood pula, anda pasti akan menikmati hidangan ini!

      Dapatkan resipi penuh Tom Yam Santan di sini.

  • 3. Pulut Mangga

    • Sukakan dessert Thai? Hidangan cukup popular ini memang digemari orang ramai. Dengan pulut yang lembut, sos santan yang berlemak dan dimakan pula dengan mangga yang manis, kombinasi dessert ini memang sedap yang tak terkata.

      Dapatkan resipi penuh Pulut Mangga di sini.

  • 4. Kari Hijau Ala Thai

    • Pernah cuba kari versi Thai iaitu Kari Hijau? Kuah ini mendapat warna hijau terangnya daripada penggunaan serai, daun limau purut dan cili padi dalam pes kari ini. Kuah kari ini sangat flavourful dan memberikan rasa masam manis yang begitu seimbang. Yang belum pernah cuba Kari Ayam Hijau Ala Thai ini wajib cuba!

      Dapatkan resipi penuh Kari Hijau Ala Thai di sini.

  • 5. Salad Daging Thai

    • Salah satu cara anda boleh menggunakan daging dalam masakan Thai ialah hidangan Salad Daging Thai ini. Resipi ini menggunakan daging, taugeh, cili, tomato, suhun, sos cili Thai, kubis dan serai. Ditabur pula dengan daun ketumbar untuk ekstra flavour, anda tidak akan menyesal mengikuti resipi ini.

      Dapatkan resipi penuh Salad Daging Thai di sini.

  • 6. Ayam Paprik

    • Selalu tidak mempunyai idea lauk simple untuk masak? Jangan risau. Hidangan lauk klasik Thai ini boleh anda hasilkan. Khas untuk anda yang sukakan sos manis. Bukan sahaja resipi ringkas ini sedap, tetapi juga akan menjimatkan wang dan masa anda.

      Dapatkan resipi penuh Ayam Paprik di sini.

  • 7. Ikan Kukus Ala Thai

    • Ingin hidangkan sesuatu yang mudah untuk tetamu dan keluarga yang ramai? Menggunakan ikan siakap, ikan ini dikukus bersama serai, cili, tomato, daun ketumbar dan sos ikan yang akan membuat hidangan ini begitu wangi. Kukus sahaja, dah siap. Memang senang!

      Dapatkan resipi penuh Ikan Kukus Ala Thai di sini.

  • 8. Kerabu Mangga

    • Anda ingin hidangkan lauk sayur yang sedikit special untuk makan malam? Cuba resipi Kerabu Mangga ini. Hidangan yang mengandungi mangga muda, timun, cili, lobak merah, bawang, ikan bilis dan digaul pula dengan jus limau, Kerabu Mangga ini memang mudah untuk dibuat. Tak payah masak pun!

      Dapatkan resipi penuh Kerabu Mangga di sini.

  • 9. Udang Kari Thai Hijau

    • Biasanya anda pernah dengar ayam atau daging Kari Hijau Thai. Tetapi anda juga boleh membuat kari Thai ini dengan menggunakan udang. Yang gemarkan seafood pula, resipi ini khas untuk anda. Begitu mudah untuk menghasilkan lauk ini. Tidak perlukan banyak bahan pun!

      Dapatkan resipi penuh Udang Kari Hijau Thai di sini.

  • 10. Ayam Masak Cili Kering Ala Thai

      • E58eImage via My Resipi

        Ayam Masak Cili Kering Ala Thai

    • Masakan cukup ringkas ini boleh anda hasilkan dengan masa yang sekejap. Bahan-bahan untuk menghasilkan hidangan ini hanya menggunakan ayam, cili kering, bawang putih, bawang merah, sos tiram, kicap dan sedikit tepung jagung. Lauk yang simplemacam ini pun sangat sedap!

      Dapatkan resipi penuh Ayam Masak Cili Kering Ala Thai di sini.

  • 11. Sayur Campur Tom Yam

    • Jika lauk sayur campur anda selalu membosankan, ikuti resipi ini untuk hasilkan sayur campur yang lebih flavourful dan ringkas iaitu Sayur Campur Tom Yam. Menggunakan pes Tom Yam dalam masakan ini, hidangan Sayur Campur Tom Yam ini memang menyelerakan. 20 minit dah siap!

SHARE