empat Menarik di Melaka | Panduan Lengkap Negeri Bersejarah

183
1945

Kaya dengan kesan peninggalan sejarah dan penuh dengan tarikan moden menjadikan negeri Melaka destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa. Melaka  juga merupakan destinasi pilihan utama warga Ibu Kota yang mencari tempat percutian singkat untuk melarikan diri daripada kesibukan bandar buat seketika.

Jika anda ingin tahu dimana sebenarnya destinasi tumpuan di negeri bersejarah ini, kami telah menyusun senarai tempat menarik di Melaka agar anda mendapat inspirasi masa merancang percutian ke Melaka nanti.

12. A Famosa Resort

A Famosa Theme Park
Sumber: Afamosa Resort

A’Famosa Resort ini mempunyai 2 taman teman yang agak menarik. Pertama adalah A’famosa Water Park yang bergelar taman tema air terbesar di Malaysia. Disini kanak-kanak anda dapat bermain di Kids Adventure Party Pool dan anda pula boleh mencabar diri di gelongsor air High Speed Slides.

Taman tema kedua pula bertema safari dan diberi nama Safari Wonderland. Di sini anda berpeluang untuk melihat gelagat lucu haiwan liar di kawasan Safari Adventure, Monkey Island dan Farm House.

Bayaran Masuk: Dewasa RM69 | Kanak-kanak RM55

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (11.00am – 7.00pm) | Sabtu – Ahad (9.00am – 7.00pm) | Selasa (Tutup)

Lokasi: Lot PT 17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, 75450 Melaka


11. Bayoo Lagoon Park

Bayoo Lagoon Park
Sumber: bayoulagoon.co.my

Hanya 15 minit sahaja dari Bandar Melaka, Bayou Lagoon Park merupakan sebuah resort yang mempunyai service apartment, taman tema air dan pusat membeli belah semua di dalam tempat yang sama.

Bayaran Masuk: Dewasa RM28 | Kanak-kanak RM20

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 7.00pm)

Lokasi: Bayou Lagoon Park Resort, Jalan Wakaf Utama, Bukit Katil, 75450 Melaka


10. Masbro Australia Village Homestay

Masbro Village Melaka
Sumber: Unik of Malaysia

Masbro Village ini mengambil ilham dari rumah berwarna –warni yang popular di tepi pantai Melbourne Australia. Kalau anda mencari tempat untuk bermalam semasa bercuti di Melaka anda boleh menginap di sini kerana ia merupakan homestay yang boleh memuatkan sehingga 6 orang.

Lokasi: Lot 291, Batu 7 ½, Paya Rumput,, Jalan Paya Rumput Perdana, 76450 Melaka


9. Melaka Skytrex

Skytrex Melaka

Memang kerap di lihat gambar kawan-kawan kita bergayut di media sosial sambil bergemira di Skytrex Melaka ini. Selain daripada Ayer Keroh Skytrex ini juga mempunyai cawangan di Langkawi dan Shah Alam.

Skytrex ini ideal untuk mereka yang suka aktiviti lasak dan mencabar. Disini anda dapat melakukan aktiviti seperti flying fox, tree climbing dan cabaran yang pasti mebuat anda berasa gayat. Selain daripada itu, di kawasan ini juga ada camping, kawasan piknik team building dan bermacam-macam lagi.

Bayaran Masuk: Dewasa RM60

Waktu Operasi: Isnin – Ahad | Round 1 (9.00am) | Round 2 (3.00pm)

Lokasi: Taman Botani, Durian Tunggal, 75450 Melaka


8. Taman Burung Melaka

Taman Burung Melaka
Sumber: dzulhelminasir.blogspot.co.uk

Jangan ingat Kuala Lumpur sahaja ada Taman Burung, Melaka pun ada. Taman Burung Melaka boleh dijumpai di Ayer Keroh berhampiran dengan Taman Botani Melaka. Di sini anda dapat melihat burung berterbangan bebas dan jika anda bernasib baik mungking berpeluang untuk bermain denga burung tersebut.

Bayaran Masuk: Dewasa RM17.80 | Kanak-kanak RM11.85

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9.00am-6.00pm)

Lokasi: Melaka Bird Park, Taman Botanikal, Lebuh Ayer Keroh 75450, Melaka


7. Maritime Muzium

Muzium Samudera
Sumber: Perzim.gov.my

Muzium Maritime atau Muzium Samudera, berjaya menarik sebanyak 20,000 orang sebulan. Di sini ini anda berpeluang untuk melihat bagai mana kekuatan tentera maritime memainkan peranan penting dalam menuntukan pihak yang berkuasa pada zaman tersebut.

Tarikan utama di sini merupaka replica kapal Flor de la Mar (Flower of the Sea) yang mengikut sejarah telah karam di perairan Sumatra. Agak teruja melihat bahtera dengan ketinggian 34 meter tinggi ini. Agaknya harta karun tu masih ada lagi tak dibawah dilaut sumatera?

Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3

Waktu Operasi: Isnin (9.00am-6.00pm) | Rabu-Ahad (9.00am-6.00pm)

Lokasi: Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka


6. Kolam Air Panas Jasin

Kolam Air Panas Jasin
Sumber: IrFamily

Kalau anda mencari tempat untuk bersantai sambil bermain air panas kenapa tak lepak di Kolam air panas Jasin. Anda boleh menjumpai Kolam Air panas Jasin di Kampung Air Panas Bemban. Terdapat kelengkapan lain seperti tempat permainan kanak-kanak dan tempat letak kereta. Ada yang percaya bahaya air panas dapat membuat kulit anda putih berseri, kalau tak pergi tak tahu.

Bayaran Masuk: Dewasa RM6.50 | Kanak-kanak RM3.50

Waktu Operasi: Isnin (3.00pm-12.00) | Jumaat-Sabtu (9.00am-2.00am) | Selasa/Rabu/Khamis/Ahad (9.00am – 12.00pm)

Lokasi: Kg Air Panas, Bemban, Melaka


5. Muzium Kesultanan Melayu Melaka

Muzium Kesultanan Melayu Melaka
Sumber: Perzim.gov.my

Datang dan lihat sendiri kehidupan harian penduduk istana di Muzium Kesultanan Melayu Melaka. Di sini anda dapat melihat apa yang terkandung dibelakang dinding istana dan mempelajari tentang adat istiadat Kesultanan Melayu. Istana ini dibina dengan cara tradisional bagi mengekalkan ciri-ciri unik sejarahnya.

Bayaran Masuk: Dewasa RM3 | Kanak-kanak RM2

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 5.30pm)

Lokasi: Jalan Kota, 75000 Melaka, Malaysia


4. Zoo Melaka

Zoo Melaka
Sumber: Lathaa Rajoo

Kalau anda merancang aktiviti untuk seisi keluarga anda dapat meluangkan masa bersama keluarga di Zoo Melaka. Zoo Melaka merupakan Zoo kedua terbesar di Malaysia dan menjadi rumah kepada 215 spesis haiwan yang berbeza.

Antara haiwan yang boleh ditemui di Zoo Melaka ini adalah Badak Sumatera yang hamper pupus dan Gajah Kecil Asia yang kewujudanya di muka bumi ini juga terancam.

Bayaran Masuk: Dewasa RM17.80 | Kanak-kanak RM7.10

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am-6.00pm)

Lokasi: Jalan Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, 75450 Melaka


3. Pantai Klebang

Pantai Klebang
Sumber: ch4nw3e

Bagi meraka yang kerap datang ke Melaka pasti telah melihat keunikan Pantai Klebang. Ia menjadi sasaran popular pelancong yang melawat Bandar Melaka kerana kedudukan strategiknya yang berdekatan dengan Bandar.

Apabila anda berada di pantai ini bagaikan anda berada di padang pasir dengan bukit-bukit pasir kecil yang menambah kepada keunikan pantai ini.

 

Lokasi: Pantai Klebang, 75200 Melaka


2. Jonker Walk

Jonker Walk
Sumber: Vanjielicious

Jonker Walk ini destinasi wajib dilawati semasa melancong ke Melaka nanti. Jonker Walk ini terkenal sebagai tempat membeli belah yang popular di Bandar Melaka.

Jika anda malas hendak bejalan anda boleh menaiki beca yang dihias penuh dengan lampu. Jika anda mencari kedai yang menjual cenderamata anda pasti menjumpainya di sini.

Lokasi: Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka


1. Kota A Famosa

Kota A Famosa
Sumber: Hishan Gani

Kota A Famosa dipilah sebagai tarikan penutup tirau entri ini kerana ia sudah lama dikenali sebagai mercu tanda paling popular di Melaka. Mengikut sejarah Ia didirikan oleh penjajah Portugis sebagai kubu pertahanan mereka di Melaka.

Pada tahun 1807 banyak kebanyakkan dari pada  bangunan ini telah diruntuhkan dan yang tinggal adalah sebahagian daripada pintu gerebang dan Portade Santiago. Apa yang dapat dilihat sekarang hanya sebahagian kecil sahaja daripada kubu asal. Ini adalah tarikan yang wajib dilawati semasa anda bercuti ke Melaka nanti kerana ia merupakan satu detik penting dalam sejarah Negara kita.

Lokasi: Jalan Parameswara, Bandar Hilir, Alor Gajah, 78000 Melaka

Berakhir sudah senarai tempat menarik di Melaka dan saya harap ia dapat membantu anda semasa berada disana nanti.

SHARE