MUSIM SAKURA DI JEPUN

32
1264

Antara jenis Sakura yang paling biasa ditemui :

1. Somei Yoshino

Bunga sakura daripada jenis ini sangat terkenal. Bunganya berwarna putih dan pokoknya hanya mengeluarkan bunga sahaja tanpa daun. Jenis sakura ini berbunga awal dan akan berbunga seawal minggu pertama musim bunga sakura mekar. Selepas itu, bunga-bunga Somei Yoshino ini akan gugur dan daun-daun hijau mulai tumbuh di pokok menggantikan bunga yang sudah gugur.

Sakura 13

2. Shidarezakura / weeping cherry

Dahan pokok ini berjuntai ke bawah dan dahannya sangat rendah. Bunga daripada weeping cherry ini kebiasaanya berwarna merah jambu terang. Ia boleh  dibahagikan kepada dua jenis, pokok bunga dengan lima kelopak dan pokok bunga dengan lebih daripada lima kelopak. Jenis sakura ini juga, berbunga awal dan akan berbunga seawal minggu pertama musim bunga sakura mekar.

Sakura 14

3. Yamazakura

Bunga sakura ini adalah yang paling biasa dapat ditemui Jepun. Ia biasanya tumbuh liar di alam semula jadi. Bunga ini berwarna sedikit merah jambu dan mempunyai lima, kelopak kecil. Yamazakura mengeluarkan daun segar bersama-sama dengan bunga pada masa yang sama, Pokok dari jenis ini sangat mirip dengan Somei Yoshino.

Sakura 15

SHARE