Nak Pokok Cepat Membesar? Lelaki Ini Kongsikan Rahsia Buat ‘Plant Booster’!

18
345

Bagi yang pertama kali dengar ‘Plant Booster’ ini, ia adalah satu kaedah yang digunakan untuk mempercepatkan pertumbuhan tanaman yang anda tanam.

Berikut adalah perkongsian dari saudara Sharifuddin Ar Lambensa

Sayah cuba buat ikut arahan seperti di bawah…lagi 4 hari cukup sebulan….dah jadi ka plan booster seperti didlm gambar :mohon konsi pendapatāœŒ

Cara-cara membuat plant booster

Bahan-bahan
1. 20 biji telur
2. ragi
3. 2 liter susu segar
4. 1kg labu manis
5. 1kg pisang
6. 1kg nenas
7. 1kg betik
8. 1kg kangkung
9. 1kg ikan
10. belachan
11. susu
12. molases (kalau tiada boleh letak gula merah)
13. 20 liter air kolam

Cara-cara :
1. Sediakan tong biru besar yang boleh memuatkan 20 liter air
2. Bersihkan tong itu sebersih-bersihnya daripada sebarang bahan kimia
3. Kemudian masukkan air kolam 20 liter, molases 3 liter (boleh didapati di kedai ternakan), 1kg labu manis, 1kg pisang, 1kg nenas, 1kg betik, 1kg kangkung, 1kg ikan, 20 biji telur dipecahkan dan masukkan ke dalam tong siap dengan kulitnya, belacan 1 bongkah, susu segar 2 liter
4. Kacau kesemua bahan tersebut.
5. Kemudian masukkan 5 plastik ragi di lapisan atas campuran dalam tong tersebut. jangan dikacau.
6. Tutup tong dengan guni bagi membenarkan pengaliran udara keluar masuk dan gaemudian simpan di tempat teduh tanpa kena cahaya matahari selama 1 bulan dan boleh diguna.

Cara guna :
150 ml untuk 100 liter air.
15 ml untuk 10 liter air.
gunakan untuk foliar pada pokok dan siram pada medium

Affaini’s Garden
01156499110

Sumber: Sharifuddin Ar Lambensa

SHARE