Pesara Guru Raih Pendapatan Usahakan Penanaman Hidroponik

1
95

KANGAR: Sepasang suami isteri dari Taman Jali, di sini, memperoleh pendapatan sampingan selepas bersara dengan mengusahakan tanaman organik melalui kaedah hidroponik secara bertingkat di halaman rumah mereka.

Pesara guru, Mohd Yusof Abdullah, 63 dan isterinya, Azizah Aman, 60, mampu meraih hasil tanaman kailan dan lobak putih, di samping 50 pokok cili, 12 pokok tomato serta 15 pokok terung.

Yusof berkata, idea mengusahakan penanaman hidroponik secara idea dalam YouTube untuk mengisi masa lapang

“Saya kemudian terjumpa teknik menanam sayuran organik secara cepat dan menjimatkan ruang.

“Saya meneliti kaedah itu berulang kali sebelum mempraktikkannya pada Ogos 2016, iaitu beberapa bulan selepas pencen,” katanya ketika ditemui di kediaman mereka.

Beliau berkata, selain jimat ruang, modal untuk memulakan tanaman secara bertingkat itu juga murah, selain penjagaannya sistematik.

“Sebagai contoh, semai benih dan apabila tunas sudah tumbuh, hanya perlu pindahkan tunas pokok ke pasu tingkat yang dibina khas.

“Selepas itu, pasangkan enjin khas yang bertindak sebagai motor untuk menyalurkan air dan campuran baja organik secara terus ke setiap lubang atau pasu tingkat.

“Saya cuma perlu menetapkan masa pada motor untuk jadual berkala penyiraman dalam sehari, malah kos pembinaan pasu bertingkat, pam air dan kos benih hanya sekitar RM800 pada peringkat permulaan.” katanya.

Walaupun berdepan cabaran gagal meraih hasil tanaman berkualiti pada peringkat awal, pasangan suami isteri itu tidak berputus asa.

“Prinsip saya mudah, sekali gagal itulah langkah pertama untuk berjaya, cuma perlu tingkatkan usaha.

“Kini melalui tanaman bertingkat, saya boleh menghasilkan antara 50 hingga 70 kilogram sayuran sekali tuai dalam masa lima hingga enam minggu, cukuplah pendapatan sampingan selepas wang persaraan kami berdua,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, beliau dan isterinya juga dapat menjimatkan perbelanjaan isi rumah, terutama dari segi keperluan dapur.

Sumber: Berita Harian

SHARE

1 COMMENT

  1. I just want to mention I am beginner to blogging and site-building and truly loved you’re web-site. Probably I’m likely to bookmark your blog . You amazingly come with remarkable posts. Thanks a bunch for sharing with us your blog.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here